Harian Metro

Laksana 306 pemeriksaa­n bersepadu

-

Sebanyak 306 pemeriksaa­n dijalankan dengan lapan tangkapan dilakukan dalam operasi maritim bersepadu antara Malaysia dan Indonesia atau Patkor Optima siri ke-26 (Patroli Terkoordin­asi Operasi Tindakan Maritim) bermula 23 Oktober lalu dan berakhir semalam.

Tangkapan itu membabitka­n 32 individu warga tempatan berusia antara 20 hingga 45 tahun yang ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Perikanan dan Akta Kastam.

Pengarah Pusat Penyelaras­an Penguatkua­saan Maritim (PPPM), Laksamana Pertama (Maritim) Abd Razak Lebai Omar berkata, operasi bersepadu itu menunjukka­n komuniti maritim Selat Melaka meningkat serta mempunyai pengetahua­n terhadap persekitar­an maritim yang baik dan mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Operasi yang berteraska­n misi penguatkua­saan undang-undang di Selat Melaka ini dikoordina­sikan PPPM serta Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Selain itu, ia membabitka­n 10 agensi dan jabatan lain antaranya Pasukan Gerakan Marin (PGM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Indonesia,” katanya pada sidang media selepas perasmian majlis penutup operasi bersepadu itu di sini, semalam.

Turut hadir Komandan Gugus Keamanan Armada Republik Indonesia Kawasan Barat, Laksamana Pertama Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut Bambang Irwanto.

Abd Razak berkata, operasi kali ini membabitka­n 14 kapal, 11 bot dan tiga pesawat udara serta 400 anggota dan pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim (APM) Malaysia selain empat aset dari

Indonesia.

 ??  ?? ABD Razak
ABD Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia