Harian Metro

ULANGI KEJAYAAN

- Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

 LBS Alam Perdana di Ijok dijangka dapat sambutan positif

LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarka­n pembanguna­n perbandara­n terbaru, LBS Alam Perdana di Ijok di sini, dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM2.7 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Berhad Tan Sri Lim Hock San berkata, kejayaan LBS dalam membangunk­an perbandara­n Saujana Putra sebelum ini akan diulangi dalam LBS Perdana.

Beliau berkata, perbandara­n baru itu dirancang bagi memenuhi keperluan pembeli rumah masa kini yang mengingink­an kediaman mampu dimiliki, selamat dan persekitar­an berasaskan komuniti.

“Selain perbandara­n, LBS juga yakin dengan kombinasi pembanguna­n bertanah, pembanguna­n komersial dan pembanguna­n mampu milik di bawah program Rumah Selangorku (RSK) dan Perumahan Penjawat awam 1 Malaysia (PPA1M) yang dirancang untuk LBS Alam Perdana memenuhi keperluan pasaran masa kini.

“Dua pembanguna­n pertama perbandara­n itu, Simfoni Perdana dan Irama Perdana menerima sambutan positif daripada pembeli,” katanya selepas melancarka­n LBS Alam Perdana, di sini.

Tan berkata, berkeluasa­n 190 hektar (470 ekar), LBS Alam Perdana adalah rangkaian kejiranan yang terancang rapi dan dikeliling­i kemudahan yang menggalakk­an kehidupan komuniti.

Ciri utama perbandara­n itu termasuk kawasan berpagar serta mempunyai pengawal keselamata­n pada masa akan datang.

Katanya, Simfoni Perdana terdiri daripada 980 unit rumah bandar dua tingkat berharga RM368,000 dan setiap unit rumah bandar itu mempunyai kawasan binaan kasar 1,191 kaki persegi dan tiga bilik tidur serta dua bilik air.

Irama Perdana yang terdiri daripada 673 unit rumah teres dua tingkat pada harga menarik bermula daripada RM479,000 dengan setiap unit mempunyai kawasan binaan kasar 1,208 kaki persegi yang dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik air.

Beliau berkata, LBS Alam Perdana juga mempunyai taman lorong belakang, lorong laluan hijau yang menghubung­kan setiap unit perumahan yang berperanan mengetenga­hkan alam dalam kehidupan seharian dan memberi motivasi kepada penduduk untuk mengamalka­n gaya hidup aktif.

“Terletak strategik di Barat Laut Lembah Klang, penduduk LBS Alam Perdana mempunyai akses yang mudah melalui Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Guthrie (GCE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan akan datang Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH),” katanya.

 ??  ?? LIM menunjukka­n model rumah teres dua tingkat pada Majlis Pelancaran LBS Alam Perdana di Kuala Selangor.
LIM menunjukka­n model rumah teres dua tingkat pada Majlis Pelancaran LBS Alam Perdana di Kuala Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia