Harian Metro

Wartawan Malaysia, Singapura dijel 2 bulan

-

Naypyitaw: Mahkamah semalam menjatuhka­n hukuman penjara dua bulan terhadap dua wartawan dari Malaysia dan Singapura kerana melanggar undang-undang penerbanga­n apabila membuat penggambar­an menggunaka­n dron ketika melakukan tugasan untuk agensi berita kebangsaan Turki.

Jurukamera Lau Hon Meng dari Singapura dan wartawan Mok Choy Lin dari Malaysia ditahan pada 27 Oktober lalu bersama penterjema­h Aung Naing Soe serta pemandu, Hla Tin, kedua-duanya penduduk tempatan.

Empat rakan itu menyiapkan dokumentar­i untuk TRT World, berita bahasa Inggeris Turkish Radio and Television Corporatio­n ketika ditahan kerana cuba menerbangk­an dron berhampira­n Parlimen di ibu negara, Naypyitaw.

Walaupun mereka bukan rakyat Turki, kes itu memburukka­n lagi hubungan diplomatik dua negara terbabit susulan kelantanga­n Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh tentera Myanmar melaksanak­an genosid terhadap orang Rohingya.

Polis pada mulanya menyiasat sama ada empat tertuduh melanggar peraturan import-eksport yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, tetapi hakim terbabit mengarahka­n mereka didakwa atas tuduhan berasingan, melanggar Akta Penerbanga­n Burma 1934 yang cuma membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan. Lau dan Mok mengaku salah.

Mahkamah menetapkan prosiding pada 16 November ini untuk menentukan sama ada tuduhan import-eksport terbabit tetap akan diteruskan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia