Harian Metro

Saat paling dinanti skuad hoki

-

Kuala Lumpur: Sukan hoki negara menerima suntikan semangat apabila pasukan lelaki disenaraik­an ke dalam Program Podium semalam susulan keputusan baik dilakar pasukan itu.

Selepas layak ke Piala Dunia 2018 di India secara merit dan mara ke final Piala Asia bulan lalu, Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) akan diberikan bantuan dalam usahanya layak ke Olimpik Tokyo 2020 selepas gagal melakukann­ya sejak 20 tahun lalu.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pengiktira­fan yang sudah lama dinantikan itu akan memastikan hoki berupaya membina rentak selepas pencapaian baik tahun ini menjelang Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Indonesia 2018.

“Kami gembira ketika kami sedang bersedia untuk Sukan Asia dengan kami mahu sekurang-kurangnya mara ke final walaupun sasaran utama kami adalah menang pingat emas yang akan melayakkan kami ke Olimpik selepas gagal melakukann­ya sejak 20 tahun lalu,” kata Subahan semalam.

“Ia tempoh dua tahun yang bagus buat skuad lelaki dan wanita. Pasukan lelaki layak ke Piala Dunia secara merit dan kami amat optimis mengenai perancanga­n kami dan bantuan daripada Program Podium akan banyak memberi manfaat buat kami.

“Bukan hanya dalam aspek dana tapi juga sains sukan yang amat penting ketika ini. Bantuan ini amat berharga untuk memperbaik­i prestai pasukan lelaki dan mencapai sasaran kami layak ke Olimpik.”

Daripada seramai 39 atlet baru disenaraik­an untuk pengambil Januari, 24 adalah daripada sukan hoki dengan MHC akan menamakan pemain itu pada 24 November selepas mesyuarat dengan pegawai program.

 ??  ?? SUBAHAN
SUBAHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia