Harian Metro

Norza terima keputusan ISN

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria menerima keputusan Institut Sukan Negara (ISN) tidak menyenarai­kan lebih ramai pemain dalam Program Podium selepas pengumuman bagi pengambila­n ketiga semalam.

Norza berkata, badan induk itu menerima keputusan ISN dan akan terus bekerja keras bagi disenaraik­an pada masa depan.

“OK, saya menerima keputusan ISN. Kami masih ada 12 pemain di bawah Program Podium dan kami akan pastikan mereka yang ditolak akan terus berlatih untuk mencapai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) jadi mereka boleh dipilih pada masa depan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami akan memberi sokongan kepada pemain ini untuk mencapai potensi sebenar mereka menggunaka­n kemudahan terkini sains sukan bermula tahun depan ketika kami akan bernaung di bawah satu bumbung dengan ABM (Akademi Badminton Malaysia).

“Kami tidak boleh terlalu bergantung kepada bantuan diberikan ISN,” kata Norza.

Selepas pengambila­n kedua awal tahun ini, 12 pemain badminton yang berada dalam Program Podium adalah bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, Goh Jin Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi, Vivian Hoo, Woon Khe Wei, Chan Peng Soon, Tan Kian Meng, Goh Liu Ying dan Lai Pei Jing.

Kami tidak boleh terlalu bergantung kepada bantuan

diberikan ISN

Norza Zakaria

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia