Harian Metro

PAKAR BAIKI MOTOSIKAL

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Henjutan kayuhan atlet berbasikal negara Muhammad Firdaus Mohd Zonis nyata tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Pernah dilabel antara pelumba berbasikal berbakat negara selepas Azizulhasn­i Awang, Firdaus bagaimanap­un berdepan kecederaan belakang yang memaksanya untuk berehat seketika sebelum kembali mencipta nama semula pada temasya Sukan Para ASEAN KL2017, dua bulan lalu.

Di sebalik kayuhan luar biasa yang menyaksika­nnya pernah menggegar dunia, anak kelahiran Kampung Bukit Kerayong, Kapar, Selangor itu mempunyai bakat yang agak luar biasa juga.

Ya, siapa sangka pelumba yang turut dikenali dengan nama panggilan ‘Toi’ itu mempunyai kepakaran untuk memperbaik­i jentera motosikal.

“Minat untuk memperbaik­i motosikal memang sudah lama tapi ia tidaklah terlalu serius ketika saya aktif sebagai atlet berbasikal.

“Saya belajar sendiri untuk memperbaik­i mo- tosikal daripada rakan kampung.

“Kemudian ketika berehat seketika daripada dunia berbasikal, saya bekerja di bengkel motosikal hampir empat bulan.

“Daripada situ saya memperoleh banyak pengalaman dan sekarang boleh dikatakan saya mampu membuka dan memasang semula bahagian enjin yang sememangny­a agak rumit dan bukan calang-calang orang boleh melakukann­ya,” katanya yang mempunyai dua motosikal dengan salah satunya model Yamaha 125Z.

Menyambung cerita, Firdaus berkata, kemahirann­ya itu dimanfaatk­an sebaik-baiknya dengan membantu rakan sekiranya motosikal mereka menghadapi masalah.

“Pertamanya kemahiran ini untuk diri sendiri. Maksudnya kalau ada kerosakan pada motosikal, saya boleh baikinya sendiri sekali gus mengurangk­an kos berbanding menghantar­nya ke bengkel.

“Selain itu, saya ada juga membantu keluarga atau rakan yang bermasalah dengan motosikal. Tapi saya tidaklah serius sampai mahu membuka kedai motosikal,” katanya.

Jelas Firdaus, bahagian paling

 Toi isi masa lapang dengan perkara berfaedah

sukar bagi motosikal sudah tentu di bahagian enjin.

“Ada orang yang tahu buka enjin tapi tak tahu nak memasangny­a semula. Bagi saya tiada masalah,” katanya.

Firdaus juga menepis tanggapan sesetengah pihak yang sering melabel anak muda sepertinya yang mempunyai motosikal sebagai suka berlumba haram di jalan raya.

“Tak semua remaja yang mempunyai motosikal suka berlumba. Bagi saya, motosikal sememangny­a keperluan untuk berulang alik ke mana-mana.

“Kemahiran memperbaik­i motosikal pula adalah anugerah Allah,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia