Harian Metro

BANGKOK PILIHAN JDT

- Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

 Juara Liga Super empat kali perkemas pasukan hadapi musim

baru, buat latihan pramusim di Negara Gajah Putih

Juara Liga Super empat musim berturut-turut dan Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memperkema­skan skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dengan mengadakan latihan pramusim di Bangkok.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahka­n skuad Harimau Selatan akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabat­an di Bangkok dan ia musim kedua skuad itu berlatih di Negara Gajah Putih itu.

“Kami akan menjalani latihan pramusim di Bangkok kerana di sana kami tidak perlu mengeluark­an perbelanja­an besar dan semua ini hasil daripada kerjasama rapat dengan beberapa kelab di sana.

“Itu cara terbaik untuk menjaga perbelanja­an dan ia juga tidak membabitka­n kos tinggi dan tidaklah banyak sangat modal keluar dengan aksi persahabat­an membabitka­n kelab berpusat di Bangkok,” kata Tunku Ismail.

Ditanya mengenai permintaan Melaka United yang mengidam khidmat penjaring terbanyak Liga M, Mohammed Ghaddar, Tunku Ismail menjelaska­n tidak berdepan masalah untuk melepaskan pemain dari Lubnan itu.

Malah Tunku Ismail juga menyatakan persiapan JDT musim depan sudah dirancang sejak enam bulan lalu namun enggan mendedahka­n pemain mana yang akan dibawa masuk atau tidak bersama mereka lagi.

Dalam perkembang­an lain, Tunku Ismail selaku Pengerusi Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menyifatka­n penyertaan Liga M dalam World Leagues Forum (WLF) adalah tepat bagi mempelajar­i apa jua pembaharua­n dalam menguruska­n liga selain memperbaik­i kelemahan dalam pengurusan liga dan mewujudkan hubungan global.

 ??  ?? PERSIAPAN JDT untuk musim depan sudah dirancang sejak enam bulan lalu.
PERSIAPAN JDT untuk musim depan sudah dirancang sejak enam bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia