Harian Metro

CUKUP SAMPAI SINI...

- Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram, Thailand zulfaizan@bh.com.my

 Impian Harimau Malaya mara ke UAE kian pudar

selepas tewas kepada Korea Utara malam tadi

Skuad Harimau Malaya sudah boleh melupakan impian mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 selepas dibelasah Korea Utara 4-1 pada aksi kelayakan Kumpulan B di Stadium I-Mobile, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksika­n Harimau Malaya kini hanya memiliki peluang yang terlalu tipis untuk melepasi pusingan kelayakan selepas hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan.

Berbaki dua aksi, skuad kendalian Nelo Vingada perlu menang semua perlawanan itu termasuk berdepan Korea Utara, Isnin ini dan Lubnan pada 27 Mac depan.

Namun, jika menang kedua-dua aksi itu sekalipun, Harimau Malaya masih perlu mengharapk­an Hong Kong dan Korea Utara tidak menang satu daripada dua perlawanan terakhir mereka.

Dalam aksi malam tadi, gawang Harimau Malaya bocor seawal minit ke-12 hasil sepakan penalti Pak Kwang Ryong selepas bola terkena tangan kapten Fadhli Shas.

Anak buah Vingada tampak terus bergelut untuk menemui rentak selepas jentera tengah dilihat gagal membuat hantaran menarik dengan ketiadaan Safiq Rahim yang menjalani penggantun­gan satu perlawanan.

Malang skuad negara berterusan apabila penyerang Kim Yu Song menanduk masuk bola sepakan percuma Jong Il Gwan pada minit ke-42 untuk meletakkan Korea Utara selesa mendahului 2-0.

Malah, hanya tiga minit bersambung babak kedua, gawang Harimau Malaya yang dikawal Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bocor lagi dan kali ini hasil rembatan jarak dekat Kim Yong Il.

Tidak cukup dengan itu, Korea Utara menambah derita Harimau Malaya selepas meledak gol keempat hasil sepakan percuma Il Gwan pada minit ke-58.

Tindakan Vingada memasukkan Safawi Rasid bagi 30 minit terakhir berjaya mengubah kedudukan selepas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meledak gol tunggal Harimau Malaya pada minit ke-67.

 ??  ?? VINGADA (kanan) congak strategi bersama Tan Cheng Hoe.
VINGADA (kanan) congak strategi bersama Tan Cheng Hoe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia