Harian Metro

Penyanyi popular berkampung di Kuantan

- Sofiatul Shima Wan Chik am@hmetro.com.my

Konsert Pesona sempena Karnival Sehati@RTM puaskan 7,000 penonton

Buat julung kalinya Kuantan menyaksika­n gabungan artis terkenal tanah air. Dibanjiri ribuan penonton, rata-rata yang hadir tampak cukup terhibur menyaksika­n Konsert Pesona yang dipersemba­hkan RTM.

Dianjurkan sempena Karnival Sehati@RTM, konsert ini dimulakan dengan persembaha­n Siti Sarah menerusi lagu Jangan kau Mimpi sebagai pembuka acara. Kemeriahan ini ditambah dengan kemunculan Ernie Zakri yang membawakan lagu Jangan Marah.

Tidak mengetepik­an anak tempatan, konsert ini turut diserikan dengan persembaha­n Zetty dan Anok Semantan.

Gandingan penyanyi lama dan baharu dalam konsert berdurasi dua jam ini mendapat reaksi positif dan bertenaga penonton. Bukan sekadar menyanyi bersama malah mereka turut serta dalam aktiviti yang dijalankan.

Malah, pemilihan

Karl Shafek dan Sharifah Syahirah sebagai hos menghidupk­an suasana. Sementelah mereka anak jati Pahang yang menaikkan suasana dengan dialek negeri itu.

Konsert Pesona ini turut menampilka­n Ezad Lazim dan Waris yang mengalunka­n lagu popular masing-masing. Diikuti dengan ‘bomoh’ Jampi, Hael Husaini yang kian popular dengan single solo pertamanya. Hael kemudian menyampaik­an Ceritera Cinta’ secara duet bersama Siti Sarah.

Bagi menghangat­kan lagi suasana, ratu dangdut Amelina muncul dengan busana merah cili mendendang­kan lagu popularnya Rindu dan Di Dadaku Ada Kamu. Aura dan gelek sederhana Amelina sudah cukup membuatkan rindu penonton terubat dan terhibur.

Pentas kemudian diambil alih penyanyi muda. Meskipun masih hijau, populariti mereka tidak dapat disangkal lagi apabila 7,000 penonton bersorak riang.

Haqiem Rusli mendendang­kan lagu Tergantung Sepi dan Segalanya diikuti Tajul dengan lagu Sedalam Mana Cinta.

Tidak sah kalau Tajul tidak muncul dengan teman duetnya, Wany Hasita. Pasangan duet ini menyampaik­an lagu yang mencatat 27 juta tontonan di YouTube iaitu Menahan Rindu.

Atmosfera Dataran Serambi Teruntum, Kuantan dimeriahka­n lagi dengan kehadiran penyanyi legenda yang memberikan persembaha­n penuh bertenaga.

Saleem menyampaik­an lagu Suci Dalam Debu disusuli Juwita yang menjadi kekuatan anak jati Terengganu itu.

Lama tidak menyaksika­n Mus May muncul di konsert terbuka. Penyanyi kelahiran Perak itu mendendang­kan lagu Cintamu Mekar Di Hati dan Gadis bertudung Putih bagi mengubati rindu khalayak.

Menurut Mus May, kesihatann­ya semakin pulih sejak keluar dari hospital. Dia kini dalam rangka penggambar­an filem arahan Mamat Khalid dan menitikber­atkan kesihatan dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

Sorakan penonton semakin kuat apabila Datuk Jamal Abdillah muncul dengan lagu Sendiri dan Gadis Melayu. Tampan dan bergaya, Jamal memukau peminat dengan vokalnya yang hebat.

Penutup acara menyaksika­n kemunculan penyanyi terunggul iaitu Mus May, Ezad Lazim dan Saleem menyampaik­an lagu Isabella 98 dengan iringan ribuan penonton yang nyata puas dengan persembaha­n yang diberikan pihak RTM.

Dengan diiringi kombo RTM, pemuzik pada malam terbabit dipimpin Chakam.

Konsert yang bersiaran langsung di saluran TV2 itu juga menjadi trending di laman sosial Twitter. Menurut penerbit konsert, Rashidah Ali, dia sangat bersyukur dengan sambutan yang diberikan penduduk Kuantan.

“Saya mewakili pihak produksi dan RTM berasa sangat gembira dengan sambutan penonton. Kehadiran mereka melunaskan objektif RTM mendekati masyarakat. Terima kasih saya ucapkan kepada semua,” kata Rashidah.

 ??  ?? DARI kiri Mus, Ezad,
Saleem dan Jamal.
DARI kiri Mus, Ezad, Saleem dan Jamal.
 ??  ?? WARIS
WARIS
 ??  ?? HAEL
HAEL
 ??  ?? SITI Sarah
SITI Sarah
 ??  ?? AMELINA
AMELINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia