3 tema berinspirasi rentak kehidupan
Diinspirasi daripada rentak kehidupan global, Jotun memperkenalkan Trend Warna Global Jotun 2018: Rentak Kehidupan.
Trend warna berkenaan mengetengahkan tiga tema warna yang direka khas iaitu City Motions, Silent Serenity dan Lush Garden.
Setiap tema menggambarkan kepelbagaian gaya hiasan dalaman mencerminkan identiti unik penghuni kota yang berjiwa global.
Ketiga-tiga irama berbeza itu sesuai melengkapkan mood untuk pelbagai konsep dekorasi dan mempamerkan keunikan warna dalam mencipta rentak visual sesebuah ruang.
Tema warna yang diperkenalkan juga memberi inspirasi kepada pemilik rumah dan pereka ruang dalaman dari semua lapisan di seluruh dunia.
Menariknya City Motions diilhamkan dari kehidupan warga bandar yang yakin dan berani.
Antara warna utama yang diperkenalkan dalam palet tema City Motions adalah biru pekat, kelabu marmar dan coklat kayu.
Pilihan warna palet City Motions mencerminkan kehidupan bandar yang sibuk merangkumi seni bina dan sifat minimalis.
Rona biru membawakan ketenangan dan sesuai mewujudkan ruang yang tenang dilengkapi dengan material seperti bulu, linen, kulit, velvet, batu dan seramik.
Antara warna tema menjadi pilihan adalah Industrial Blue, Nordic Breeze, Icy Blue dan Raw Canvas.
Sementara itu, tema Silent Serenity diinspirasikan dari perjalanan nomad global gaya hidup pelbagai budaya yang mementingkan cahaya semula jadi dan kawasan lapang.
Menggabungkan merah jambu dan coklat keperangan yang bersahaja dan menjanjikan suasana damai serta mewujudkan ruang santai.
Antara warna yang diketengahkan dalam palet Silent Serenity adalah Norwegian Wood, Soft, Savanna Sunset dan Almond Beige.
Tema warna Lush
Garden pula menampilkan tona warna seperti biru kehijauan, coklat kekuningan dan merah.
Diilhamkan daripada pencinta alam semula jadi, palet Lush Garden dicipta berasaskan permintaan warga kota yang inginkan kesegaran alam semula jadi.
Palet berkenaan turut menggambarkan tarikan kehijauan hutan tropika dan taman botani yang menjanjikan ketenangan.
Antara warna yang diketengahkan dalam palet Lush Garden adalah, Organic Green, Silky Pink, Artist Clay dan Soft Teal.
Ketiga-tiga tema warna dihasilkan melalui pelaburan masa dan kepakaran Pasukan Warna Jotun dari Norway dipimpin Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.
“Penyelidikan kami mengenal pasti tiga trend utama bagi penduduk setiap bandar raya global termasuk keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semula jadi, impian ketenangan serta kehidupan menyenangkan.
“Kad warna kami sebagai alat untuk membantu setiap penghuni kota mengekspresikan semua ini di kediaman mereka.
“Ia menerusi penggabungan dan padanan warna dengan cara yang terbaik.
“Sekali gus mencerminkan identiti dan rentak kehidupan tersendiri,” katanya.
Di samping itu, Malaysia antara yang pertama mengalu-alukankan kedatangan trend warna global itu pada majlis pelancaran yang berlangsung pada awal November lalu di Oval Concourse Pusat Belibelah One Utama, Petaling Jaya, Selangor.