Harian Metro

Kolaborasi ledakan kreatif, estetika urban

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Jenama mewah antarabang­sa bergabung papar koleksi lelaki direka

eksklusif untuk H&M

Bagi penggemar jenama mewah antarabang­sa, Erdem adalah jenama yang turut memeriahka­n warna fesyen dunia. Pasti mengujakan peminatnya apabila jenama dari London itu buat pertama kali berkolabor­asi dengan H&M.

Erdem percaya kepada kekuatan kecantikan dalam meneroka rujukan sejarah dan naratif peribadi pada setiap busana. Malah buat pertama kalinya juga, jenama itu akan memaparkan koleksi untuk lelaki, disesuaika­n dan direka eksklusif buat H&M.

Meneroka cinta terhadap corak, tekstil dan pertukanga­n halus, koleksi Erdem x H&M menyaksika­n kolaborasi ledakan kreatif Erdem digabungka­n bersama estetika urban H&M.

Di samping itu, H&M turut bekerjasam­a dengan pembuat filem berwawasan dan pencerita, Baz Luhrmann untuk mencipta filem teaser epik.

Ditunjangi Pengarah dan Pemilik Erdem, Erdem Moralioglu dan pasukan rekaan H&M kendalian Ann-Sofie Johansson, koleksi istimewa Erdem X H&M memperliha­tkan variasi rekaan untuk wanita dan lelaki yang mula dipasarkan seluruh dunia awal November ini.

Ikuti temu bual eksklusif penulis bersama Erdem dan Ann-Sofie mengenai kisah di sebalik tabir kerjasama antara dua

jenama besar dunia ini.

ERDEM MORALIOGLU

S: Dari mana datangnya inspirasi untuk koleksi ini dan bagaimanak­ah ia bergabung dengan trend semasa musim ini?

J: Ada banyak inspirasi berbeza yang semuanya bersatu untuk menjadikan Erdem x H&M. Seperti koleksi terdahulu, saya memikirkan zaman kanakkanak dan busana yang dipakai ibu atau kakak ketika kami kecil dulu.

Saya juga berfikir mengenai rakan yang bersama-sama ke rumah agam Inggeris, mencari busana ini dan memakainya dengan cara mereka sendiri. Bagi saya, ini bukan mengenai trend semasa tetapi busana malar segar yang membuatkan anda mahu memakainya untuk musim-musim yang akan datang.

S: Erdem x H&M akan menjadi platform pertama anda menghasilk­an koleksi pakaian lelaki. Boleh kongsikan mengenainy­a dan apa yang boleh kita jangkakan?

J: Ia pengalaman mengujakan untuk merekabent­uk koleksi lelaki. Ia adalah satu proses yang berbeza, kerana rekaan wanita bagi saya sangat mendalam berdasarka­n naratif dan cerita. Bagi lelaki, saya berfikir mengenai apa yang saya pakai, zaman kanak-kanak dan remaja saya serta persalinan ayah. Ia umpama proses forensik kerana kami merancang busana koleksi ini untuk pertama kali. Ia koleksi yang lengkap dengan identiti tersendiri.

 ??  ?? ERDEM X H&M membabitka­n kerjasama antara Ann-Sofie (kiri), Erdem (tengah) dan, Luhrmann (kanan).
ERDEM X H&M membabitka­n kerjasama antara Ann-Sofie (kiri), Erdem (tengah) dan, Luhrmann (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia