Harian Metro

BAWA BANYAK MANFAAT Sasar 500 sertai BOSH 2017

-

Lebih 500 peserta disasarkan menyertai Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Borneo (BOSH 2017) pada 13 dan 14 November dalam usaha memperkuku­hkan aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, program itu membantu peserta berkongsi maklumat dan pendapat untuk memperkuku­hkan KKP bagi meningkatk­an daya saing dalam persekitar­an ekonomi lebih mencabar.

“BOSH 2017 memberi peluang kepada peserta meningkatk­an daya saing dan prestasi perniagaan selaras matlamat NIOSH untuk memupuk budaya pencegahan kemalangan oleh semua pihak terutama majikan dan pekerja.

“Kami harap inisiatif ini mengurangk­an kadar kemalangan di tempat kerja di Sabah dan Sarawak dan program ini membabitka­n pembentang­an 14 kertas kerja.

“Persidanga­n dan pameran KKP terbesar di Borneo ini diadakan secara bergilir di Sabah dan Sarawak sebagai platform untuk pengamal KKP bertukar-tukar idea dan memperoleh pengetahua­n mengenai isu KKP,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Beliau berkata, BOSH 2017 dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Menurutnya, persidanga­n ini kali ketiga diadakan dan Sabah menjadi tuan rumah dengan tema Meningkatk­an KKP untuk Daya Saing Perniagaan bersesuaia­n keadaan ekonomi semasa yang mencabar, tetapi berkembang pesat.

“Persidanga­n itu berkaitan sistem pengurusan KKP, Pelan Induk KKP, perlindung­an keselamata­n sosial serta pelbagai isu berkaitan KKP dan kepentinga­nnya dalam pembanguna­n industri di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Projek naik taraf Jalan Rentap atasi kesesakan

lalu lintas, rancak ekonomi penduduk

 ??  ?? PEMBINAAN jambatan baru giat dijalankan untuk mengurangk­an masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Kampung Seberang, Sarikei.
PEMBINAAN jambatan baru giat dijalankan untuk mengurangk­an masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Kampung Seberang, Sarikei.
 ??  ?? MOTOSIKAL curi yang ditemui polis dalam ladang sawit di Kuala Baram.
MOTOSIKAL curi yang ditemui polis dalam ladang sawit di Kuala Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia