Harian Metro

Tiada dalam podium

Raja Pecut Asia Tenggara didakwa gagal penuhi syarat standard

- Devinder Singh, Aida Adilah dan Haika Khazi sukan@hmetro.com.my

Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan sekali lagi tidak tersenarai dalam kelompok 146 atlet baru dan lama yang akan bernaung di bawah Program Podium 2018 mulai Januari depan.

Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menegaskan, Khairul tidak disenaraik­an kerana pemenang pingat emas acara 100 meter Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu gagal memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan termasuk dari segi ranking dunia, Asia dan Sukan Komanwel.

“Kalau kita lihat kedudukan ranking Khairul Hafiz secara keseluruha­nnya dia memang menang emas di KL2017 tapi kalau ikut catatan masa terbaiknya dalam acara 100m, dia sebenarnya berada di kedudukan kesembilan terpantas Asia dan 60 terbaik Sukan Komanwel. Dalam acara 200m pula dia berada di kedudukan 18 di Sukan Asia, manakala Sukan Komanwel nombor 36.

“Jika dia berada di kedudukan nombor enam hingga 10 terbaik Asia dan Komanwel, mungkin kami boleh bantu dia perbaiki prestasi dan catatan masa terbaiknya menerusi sains sukan dan kejurulati­han untuk mencapai ke tahap lebih tinggi.

“Tapi kalau dia berada di nombor 60 dalam acara 100m di peringkat Sukan Komanwel maka sukar untuk kami masukkan namanya ke Program Podium,” katanya semalam.

Terdahulu, Pengarah Program Podium, Tim Newenhem mengumumka­n seramai 146 atlet daripada 22 sukan termasuk 26 muka baru tersenarai di bawah program elit itu mulai Januari 2018 sebagai persiapan awal menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan.

Manakala seramai 13 atlet lama dari acara terjun, gimnastik berirama, karate, silat, bowling, angkat berat, memanah para, olahraga para, powerlifti­ng dan renang para digugurkan daripada Program Podium kerana tidak menyerlah dan gagal mencapai kriteria ditetapkan ISN.

 ??  ?? KHAIRUL Hafiz
KHAIRUL Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia