Harian Metro

SUDAH BELI GAUN PENGANTIN

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Namun Yuna tetap berahsia tarikh bersatu dengan Adam Sinclair

Walaupun mendedahka­n membeli kain untuk gaun pengantinn­ya di Twitter, penyanyi popular Yuna belum bersedia berkongsi tarikh perkahwina­nnya dengan Adam Sinclair. Status itu dimuat naik Yuna, 31, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai di Twitter pagi semalam.

Ramai pengikut penyanyi lagu Crush yang berpangkal­an di Amerika Syarikat itu menyampaik­an ucapan tahniah, malah ada bertanyaka­n bila tarikh perkahwina­nnya.

Pengurus Yuna, Wawa ketika dihubungi berkata, penyanyi itu akan mengadakan sidang media untuk mengumumka­n tarikh perkahwina­nnya.

Yuna mengikat tali pertunanga­n dengan Adam di kediaman keluarga jejaka itu di Shah Alam pada 5 Ogos lalu.

Pasangan itu mula berkenalan ketika di set rakaman iklan televisyen pada awal 2013.

Pada akhir 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mereka merancang dengan lebih serius untuk berkahwin.

Keluarga Adam terlebih dulu merisik

Yuna pada 27 Mac lalu. Kenaikan harga minyak 7 sen iaitu RM2.31 seliter bagi RON95 berbanding RM2.24 sebelum ini jauh lebih baik berbanding rekod dicatatkan pada 2008 iaitu RM2.70.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, turun naik harga minyak adalah sesuatu yang tidak mampu dikawal kerajaan kerana ia ditentukan pasaran dunia.

“Malaysia menduduki tangga ke-25 sebagai pengeluar minyak dan kita tiada kuasa menentukan turun naik harga minyak kerana penyumbang terbesar sumber petroleum dikuasai negara luar.

“Tetapi jika dibandingk­an dengan 2008, seliter minyak dijual pada RM2.70 atau pembelian satu tong harga minyak mencecah 140 USD, kenaikan harga minyak terbaru iaitu RM2.31 jauh lebih baik.

“Setakat ini skim minyak diapungkan. Pengapunga­n ini kita akan kekalkan, sebabnya tidak boleh ubah selain di luar kawalan kerajaan.

“Bentuk bantuan yang mampu dilakukan kerajaan seperti baru-baru ini, kita meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk membantu mereka berpendapa­tan rendah supaya tidak jatuh ke paras kemiskinan,” katanya pada majlis perasmian Festival Makanan dan Kesenian Kampung Baru di Pintu Gerbang Kampung Baru, Jalan Raja Muda Musa, di sini, semalam.

Sementara itu, bercakap mengenai Festival Makanan dan Kesenian Kampung Baru, Johari berkata, Kampung Baru dikenali sebagai syurga makanan di Kuala Lumpur yang menjadi destinasi pilihan warga kota juga luar kota.

 ??  ?? ADAM
YUNA
ADAM YUNA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia