Harian Metro

DARI TIOMAN KE RIAU

-

 Pemandu pelancong, bapa saudara ditemui

selamat di Indonesia selepas dilapor hilang

(Malaysia) bekerjasam­a rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengetahui maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam

2.30 petang itu, Amat dan Mohd Abdul Lattif dikatakan dalam perjalanan pulang ke jeti Pulau Tioman selepas menaiki bot gentian kaca yang baru dibeli mereka melalui jeti Kuala Rompin.

Bagaimanap­un, mereka gagal dihubungi beberapa jam kemudian sebelum operasi pencarian digerakkan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Salmah berkata, mereka sekeluarga mengucapka­n terima kasih kepada pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat­kan adik bongsu serta bapa saudaranya.

“Selama tempoh tiga, empat hari mereka yang terbabit dalam operasi ini kami sekeluarga mengucapka­n terima kasih dan akhirnya mereka berdua ditemui dalam keadaan baik. Saya harap mereka dapat pulang secepat mungkin kerana kami di sini (Pulau Tioman) merindukan mereka,” katanya.

Sementara itu, sumber APMM ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumka­n mengenai berita penemuan dua rakyat Malaysia di kepulauan Jemaja dan APMM sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengetahui status dua pemandu pelancong itu.

“Kami (APMM) dimaklumka­n mereka ditemui 150 batu nautika dari perairan Kuantan. Mereka berdua selamat dan kini sedang menjalani pemeriksaa­n kesihatan di Pulau Jemaja,” kata sumber itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia