Harian Metro

Hantar 60 kontena bantuan mangsa banjir

-

Lebih 60 kontena berisi keperluan asas dan kit bantuan diberikan kepada mangsa banjir di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar, di sini, semalam.

Bantuan dari kerajaan persekutan itu disampaika­n Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abdul Azeez berkata, misi bantuan yang masuk hari kelima bermula sejak Ahad lalu dengan sumbangan kepada mangsa banjir di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan yang terjejas teruk.

Beliau berkata, bantuan asas dan keperluan harian termasuk tilam, bantal, barangan keperluan memasak dan makanan disalurkan kepada mangsa membabitka­n 40 kontena.

Katanya, sejak 8 pagi lagi misi bantuan tertumpu di seluruh pulau membabitka­n Rumah Pertubuhan Kebajikan Agape, Air Itam.

“Lokasi lain mangsa banjir yang menerima bantuan ialah di Jalan Kebun Lama, Jalan Terengganu, Jalan Zoo, Air Itam, Teluk Kumbar,

Sungai Rusa, Balik Pulau dan Batu Maung membabitka­n 20 kontena.

“Kita bersyukur misi bantuan ini berjaya disempurna­kan dengan selamat dan teratur,” katanya ketika menyampaik­an bantuan kepada 430 mangsa banjir di Teluk Kumbar, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Nordin Ahmad dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Balik Pulau Siti Faridah Arshad.

Abdul Azeez berkata, inisiatif bantuan itu membuktika­n sikap prihatin kerajaan Persekutua­n terhadap mangsa banjir di Pulau Pinang.

Beliau berkata, pihaknya menafikan dakwaan pakatan pembangkan­g bahawa tiada bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir oleh kerajaan Persekutua­n.

“Tidak perlu mempolitik­kan isu banjir dan berhenti mengeliruk­an rakyat untuk meraih simpati.

“Tidak perlu saya ulas panjang mengenai isu ini kerana rakyat Pulau

Pinang sendiri dapat melihat kehadiran kami (Kerajaan Persekutua­n) mengagihka­n bantuan kepada masyarakat dan biarlah mereka nilai sendiri keikhlasan kami,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N KP1M mengagihka­n bantuan kepada mangsa banjir.
SUKARELAWA­N KP1M mengagihka­n bantuan kepada mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia