Harian Metro

BELUM ADA YANG HILANG

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pengguna khidmat oBike disaran elak letak basikal di laluan pejalan kaki, kereta

Pengendali basikal tanpa stesen pertama negara oBike sudah menyediaka­n puluhan tempat letak basikal di beberapa kawasan strategik bagi memastikan pengguna tidak meletakkan kenderaan itu di merata tempat hingga menghalang laluan pejalan kaki dan kereta.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran oBike Edward Chan berkata, orang ramai yang menggunaka­n perkhidmat­an basikal itu hendaklah lebih bertanggun­gjawab dan peka dengan menyusun kenderaan itu di tempat yang disediakan.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai pekerja yang melakukan pemantauan secara berkala di beberapa lokasi yang menjadi pilihan pengguna untuk menggunaka­n perkhidmat­an oBike supaya basikal itu tidak menghalang laluan pejalan kaki atau kenderaan lain.

“Kami menggunaka­n pendekatan mendidik orang ramai yang menggunaka­n basikal supaya meletakkan kenderaan di kawasan bersesuaia­n iaitu tidak menghalang pejalan kaki atau kenderaan lain.

“Konsep oBike adalah memudahkan orang ramai dan paling utama adalah mesra alam, oleh itu, tiada keperluan membina tempat letak basikal kerana berkemungk­inan menyusahka­n pengguna nanti,” katanya di sini, semalam.

Chan berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Majlis Perbandara­n Petaling Jaya (MBPJ) menyita lebih 250 basikal oBike yang diletakkan di sekitar jalan raya kerana didapati menghalang laluan pejalan kaki dan kenderaan lain. Tindakan berkenaan diambil selepas MBPJ menerima aduan daripada orang ramai berkaitan masalah terbabit, sekali gus menuntut pihak oBike membayar RM17,000 jika mahu mendapatka­n kembali basikal terbabit.

Menurutnya, setakat ini oBike memiliki kira-kira 10,000 basikal yang beroperasi beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan bilangan akan bertambah dalam masa terdekat bergantung kepada permintaan semasa.

“Setakat ini belum ada lagi basikal milik kami yang hilang kerana dilengkapi kunci dan Sistem Kedudukan Global (GPS), sekali gus mampu mengetahui kedudukan kenderaan terbabit sekiranya didapati dicuri.

“Selain itu, kami juga bekerjasam­a dengan polis jika basikal milik oBike didapati dicuri atau digunakan untuk tujuan jenayah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Metro Ahad di beberapa kawasan tumpuan seperti Petaling Jaya dan Bangsar mendapati orang ramai meletakkan basikal berkenaan di merata tempat hingga mengganggu pejalan kaki.

Malah, ada antara basikal terbabit diletakkan di hadapan rumah, sekali gus boleh mengundang rasa tidak puas hati pemilik kediaman.

 ??  ?? PIHAK oBike menyediaka­n puluhan tempat letak basikal di beberapa kawasan strategik bagi memastikan pengguna tidak meletakkan sepeda di merata tempat.
PIHAK oBike menyediaka­n puluhan tempat letak basikal di beberapa kawasan strategik bagi memastikan pengguna tidak meletakkan sepeda di merata tempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia