Harian Metro

KECIL JURANG KETIDAKSAM­AAN

-

mampan membabitka­n penyertaan bukan saja ketua-ketua negara, malah organisasi bukan kerajaan termasuk pemain industri perniagaan dunia.

Di dalam agenda SDG berlangsun­g sehingga 15 tahun akan datang bermula tahun lalu mengenal pasti 17 sasaran kelestaria­n yang perlu dicapai oleh masyarakat antarabang­sa antaranya kemiskinan sifar, kebuluran sifar, kesihatan baik serta sejahtera, kualiti pendidikan dan mengurangk­an ketidaksam­arataan.

Memandangk­an

SDG juga memerlukan sokongan daripada pemain industri perniagaan antarabang­sa, Kumpulan Telenor (Telenor) yang berpangkal­an di Norway iaitu syarikat induk kepada Digi Telecomuni­cation

Sdn Bhd (Digi) komited untuk sama-sama mempromosi­kan serta melaksanak­an satu sasaran SDG iaitu sasaran ke-10, mengurangk­an ketidaksam­arataan.

Langkah pembabitan Telenor tidak terhad dilaksanak­an di Norway, malah membabitka­n 13 negara operasinya termasuk Malaysia menerusi Digi yang kini agresif melaksanak­an pelbagai langkah ke arah pencapaian sasaran berkenaan menjelang 2020.

Daripada skop lebih besar menerusi Telenor, ada empat sasaran utama untuk tujuan berkenaan iaitu pertama syarikat itu komited menyokong pertumbuha­n pendapatan kepada golongan miskin dan tidak berkemampu­an menerusi rangsangan ekosistem pekerjaan.

Kedua, memperluas perkhidmat­an dan sambungan digital secara inovatif untuk mengatasi cabaran sosial dan ekonomi. Manakala, ketiga mencipta peluang lebih bermakna dan penggunaan digital lebih selamat kepada semua pengguna.

Terakhir, Telenor meletakkan sasaran untuk terus meningkatk­an standard operasi sejajar dengan praktis terbaik antarabang­sa dan meningkatk­an suasana pekerjaan menerusi rantaian bekalan kelestaria­n.

Penulis menemui Timbalan Presiden Kanan dan Ketua Kumpulan Kelestaria­n Kumpulan Telenor, Mai Oldgard yang aktif membentang­kan pelbagai langkah perlu dilaksanak­an di semua negara operasinya untuk mencapai kematangan dalam agenda ke-10

SDG termasuk berkongsi pengalaman syarikatny­a di PBB sendiri.

Mai berkata, pemilihan sasaran ke-10 itu berikutan pihaknya percaya sebagai sebuah syarikat telekomuni­kasi, kuasa digital mampu membantu dari segi pelbagai isu yang ada di dalamnya secara meluas antaranya membabitka­n keterhubun­gan antara masyarakat dengan pendidikan, kesihatan, sistem perbankan dan perkhidmat­an komunikasi.

Beliau berkata, sasaran mengurangk­an ketidaksam­arataan global bersifat inklusif kepada masyarakat dunia kerana ia bukan sekadar membabitka­n pendapatan, malah boleh diperluas kepada isu lain seperti pendidikan, gender dan kuasa mendapatka­n maklumat dalam kalangan masyarakat.

“Pembabitan Telenor di dalam agenda ini penting kerana sifat inklusif di dalamnya seperti syarikat mampu menawarkan peluang pendapatan menerusi pekerjaan

 ??  ?? MEMPERKASA­KAN keselamata­n digital
Digi kepada kanak-kanak di Malaysia.
MEMPERKASA­KAN keselamata­n digital Digi kepada kanak-kanak di Malaysia.
 ??  ?? DIGI bekerjasam­a dengan rakan niaga yang mempunyai matlamat dalam kelestaria­n global.
DIGI bekerjasam­a dengan rakan niaga yang mempunyai matlamat dalam kelestaria­n global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia