Harian Metro

Gaduh dengan guru pilih kasih

-

Saya bergaduh dengan guru kerana tidak tahan dengan sikap pilih kasihnya. Kalau rakan sekelas yang pandai berniat untuk meminjam barang, dia tidak ragu-ragu. Kalau saya, banyak soalan dia tanya. Malah tidak ikhlas kerana dia akan memberi barang dalam nada dan sikap kasar.

Saya tahu saya bodoh tetapi tidaklah terlalu jahil memahami sikap orang itu baik ke buruk terhadap saya. Saya jadi marah sehingga baru-baru ini saya bertindak ponteng sekolah kerana tidak tahan menyiapkan tugasan diberikan guru berkenaan. Apa perlu saya lakukan?

MIA, Kuantan, Pahang Dang Setia faham saudari terluka, marah dan sedih dengan layanan guru. Ibaratnya ‘terang lagi bersuluh’, guru memberi reaksi berlainan kepada rakan lain yang mempunyai keputusan akademik lebih baik.

Biarpun perkara itu tidak wajar, tidak dinafikan sebagai manusia normal, semestinya kadang kala di luar kesedaran guru membuat kesilapan sehingga melukakan hati saudari yang juga anak muridnya. Sebaiknya saudari bertemu guru untuk berbincang dari hati ke hati. Mana tahu saudari sendiri mempunyai kesilapan tertentu menyebabka­n guru memberi reaksi berkenaan.

Usah berdendam sebaliknya doakan guru selalu berlembut dengan saudari. Elak melakukan provokasi kurang elok seperti ponteng mahupun sengaja tidak menduduki peperiksaa­n. Kesannya terhadap saudari sendiri. Cuba lihat layanan negatif itu sebagai motivasi untuk saudari terus bekerja keras untuk memperbaik­i kelemahan.

Setidak-tidaknya saudari mempunyai kesedaran untuk berusaha lebih kuat bagi menggembir­akan orang yang saudari kasihi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia