Harian Metro

LANDO DITAHAN

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Pengasas Brotherhoo­d, isteri ditahan selepas video kunci pintu utama pejabat tanah tular

Pengasas Ikatan Silaturahi­m Brotherhoo­d (Brotherhoo­d), Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi ditahan polis jam 11 malam kelmarin.

Menurut sumber, dia ditahan bersama isterinya dan seorang lagi individu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Lando ditahan berikutan video dia mengunci pagar besi pada pintu masuk utama di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di Seksyen U5, Shah Alam, Khamis lalu tersebar di media sosial.

“Satu laporan polis dibuat kerana tindakanny­a mengunci pintu pagar pejabat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan di IPD Sungai Buloh untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun sama.

“Mereka disiasat kerana mengurung dan melakukan ugutan jenayah.

“Mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 3 petang tadi (semalam),” katanya, semalam.

Fadzil berkata, pihaknya melengkapk­an kertas siasatan berhubung kes itu dan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Khamis lalu, Lando yang juga seorang pelakon memuat naik rakaman video berdurasi dua minit di laman Facebook menunjukka­n dia di depan Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di Seksyen U5.

 ??  ?? LANDO Zawawi
LANDO Zawawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia