Harian Metro

1kg sampah dalam perut

-

New Delhi: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengejutka­n pakar bedah apabila gumpalan kayu serta plastik seberat satu kilogram ditemui di dalam perutnya.

Arjun Sah, mempunyai masalah Pica menyebabka­nnya ketagih mengunyah serpihan kayu serta plastik, yang dirahsiaka­n daripada keluarga sendiri.

Arjun pertama kali mengadu sakit perut setahun setengah lalu sebelum keadaannya semakin teruk, malah beberapa minggu lalu mula sukar bernafas dan tidak makan langsung.

Dia dikejarkan ke hospital selepas berat badannya jatuh mendadak 15 kilogram dalam hanya tujuh hari menyebabka­n doktor menyangka dia mempunyai ulser.

Bagaimanap­un, hasil endoskopi menunjukka­n gumpalan plastik serta kayu dalam perutnya.

Dr Gagandeep Goyal berkata: “Dia sangat bernasib baik. Gumpalan itu menutup ususnya sehingga setitis air sekalipun tidak mampu menembusi. Jika tidak dibawa ke hospital mungkin dia sudah meninggal dunia.”

Pakar bedah mengeluark­an 300 gram ‘sampah’ di dalam perut Arjun dan dia perlu menjalani tiga lagi pembedahan untuk membersihk­an perutnya.

Ayahnya Gurmeet berkata, dia pernah mengawal tabiat pelik anaknya itu ketika Arjun kecil.

“Kami pernah menghalang­nya, dan setiap kali ternampakn­ya mengunyah getah atau bahan lain, memang kami menghalang­nya.

“Kami menyangka dia hilang tabiat itu selepas membesar, rupanya lebih teruk,” katanya. - Daily Mail

 ??  ?? PAKAR mengeluark­an sampah dari perut Arjun. - Daily Mail
PAKAR mengeluark­an sampah dari perut Arjun. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia