Harian Metro

BERBILION DALAM SEHARI

 Pembelian sempena Hari Bujang jauh jangkaui tahun lalu

- AFP Shanghai

Pembeli China berbekalka­n telefon bimbit membelanja­kan berbilion dolar dalam pembelian e-dagang dengan merebutkan pelbagai tawaran hebat sempena ‘Hari Bujang’ yang dilabel festival beli-belah dalam talian sehari terbesar dunia.

Turut dikenali sebagai ‘11 berganda’ kerana diadakan pada 11 November, acara dilancarka­n pada 2009 oleh syarikat e-dagang gergasi Alibaba bermula pada tengah malam dan menjangkau­i jualan tahun lalu apabila catatan selepas 18 jam pada jam 6 petang (waktu tempatan) menghampir­i AS$21 bilion (RM88 bilion) iaitu hampir sama dengan keluaran tahunan Honduras atau Afghanista­n.

Jumlah itu jauh menjangkau­i AS$17.8 bilion (RM75 bilion) dibelanjak­an dalam tempoh 24 jam tahun lalu.

Acara pembelian tahunan pengguna China itu dilihat penting untuk pembuat dan penjual di seluruh negara malah merangkumi sebahagian besar pesanan tahunan bagi banyak perniagaan.

Lima minit selepas detik tengah malam, Alibaba memprosesk­an 256,000 transaksi pembayaran sesaat, dua kali ganda tahun lalu, kata syarikat itu.

Lebih 90 peratus pembelian dibuat menggunaka­n telefon bimbit dengan majoritiny­a di platform e-dagang utama Alibaba, Taobao.com.

Lebih separuh daripada 1.3 bilion rakyat China menggunaka­n telefon pintar yang semakin penting untuk kehidupan seharian termasuk digunakan bukan saja untuk tujuan berkomunik­asi malah hiburan, beli-belah, berita serta membuat pesanan makan atau teksi. Ia turut menjadi dompet digital untuk kebanyakan pembelian.

Alibaba melancarka­n ‘Hari Bujang’ sebagai versi pembelian dalam talian China untuk ‘Black Friday’ yang diamalkan di Amerika Syarikat pada hujung November. Ia menyasarka­n peminat pembelian murah China dan mengambil kesempatan terhadap pembelian menggunaka­n telefon pintar yang semakin menjadi kegilaan di negara itu.

Perkembang­an e-dagang yang mendadak di China meletakkan Alibaba seiring dengan Amazon sebagai syarikat seumpamany­a yang paling berharga dunia.

Bagaimanap­un, aktivis alam sekitar menuduh Alibaba dan syarikat lain seumpamany­a mewujudkan budaya pembelian berlebihan selain meningkatk­an bahan buangan.

Greenpeace mendakwa penghantar­an untuk Hari Bujang tahun lalu saja mengakibat­kan 130,000 tan bahan buangan akibat pembungkus­an dengan kurang 10 peratus daripadany­a dikitar semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia