Harian Metro

GANDA USAHA DEMI MALAYSIA

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Soalan: Leong Jun Hao, pada usia 18 tahun dilabel permata baru badminton negara selepas muncul juara remaja Asia dan naib juara remaja dunia. Malah, anda dilihat pengganti paling tepat mengisi kekosongan yang akan ditinggalk­an

“Sejujurnya saya gembira dengan persembaha­n dan aksi konsisten dipamerkan setiap kali mewakili negara ke pentas antarabang­sa pada tahun terakhir di peringkat remaja. Saya lega kerana mampu memberikan persembaha­n terbaik dan membanggak­an semua pihak setiap kali turun beraksi. Datuk Lee Chong Wei.

Bagaimana anda melihat situasi ini dan perubahan dari peringkat remaja ke senior supaya tidak tenggelam serta mampu menyerlah seperti yang diharapkan semua pihak.

Syed Fahmi Syed Ferhad

Kuala Lumpur

Apabila dilabel sebagai permata baru negara, saya sedar harapan tinggi yang diletakkan kepada diri saya selepas muncul juara di peringkat Asia dan naib juara Kejohanan Remaja Dunia di Yogyakarta, baru-baru ini.

Malah, ada yang mengha- rapkan saya mampu menggantik­an Datuk Lee Chong Wei sebagai perseorang­an utama negara satu hari nanti. Saya hargai setiap pujian dan kata-kata semangat yang diberikan kepada saya untuk terus cemerlang.

Harapan itu sebenarnya sedikit sebanyak menyuntik semangat dan motivasi kepada saya, namun pada masa sama, sedar ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap kali kejohanan, pasti akan wujud tekanan yang perlu diatasi.

Saya sedar tidak boleh tenggelam pada peringkat senior selepas cemerlang pada peringkat remaja. Saya sedar prestasi di peringkat remaja bukan ukuran untuk terus gah di pentas senior. Ia menjanjika­n cabaran yang baru dan berlainan dalam semua aspek sama ada corak permainan, latihan, tekanan dan sebagainya.

Saya percaya dan menaruh harapan dengan perancanga­n yang akan dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan jurulatih Datuk Misbun Sidek untuk mempersiap­kan saya menghadapi cabaran peringkat senior.

Apa yang pasti saya perlu berlatih dengan lebih kuat berkali-kali ganda berbanding ketika ini selain perlu menyertai banyak kejohanan sama ada dalam atau luar negara. Setiap perlawanan sama ada kalah atau menang adalah proses pembelajar­an kepada saya untuk menjadi pemain yang lebih bagus pada masa depan.

Perjalanan saya untuk menjadi pemain nombor satu dunia atau meraih kejuaraan

 Jun Hao perlu lebih pendedahan untuk realisasi misi emas Olimpik

utama dunia mungkin masih jauh, namun saya menaruh harapan akan mampu melakukann­ya satu hari nanti terutamany­a dalam memburu emas pertama Olimpik buat negara tercinta.”

 ??  ?? JUN Hao (dua dari kiri) peraga aksi kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta.
JUN Hao (dua dari kiri) peraga aksi kejohanan Badminton Remaja Asia di Jakarta.
 ??  ?? JUN Hao permata baru badminton negara.
JUN Hao permata baru badminton negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia