Harian Metro

PANTAS ‘BACA’ ANGIN

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Soalan: Bagaimana anda mula terdorong untuk menceburi sukan pelayaran? Jawapan: Saya mula terbabit dengan sukan perahu layar sejak berusia lima tahun lagi. Semuanya bermula apabila melihat abang saya (Ahmad Latif Ali Sabri Khan) berjaya dalam sukan ini. Banyak kejayaan yang sudah diraihnya membuatkan saya juga ingin mengikut jejak langkahnya.

S: Mengapa anda meminati sukan ini berbanding sukan lain tambahan pula ia satu sukan yang berbahaya apabila anda perlu berdepan dengan gelora di lautan?

J: Sejak kecil lagi saya sukakan cabaran. Sukan pelayaran mampu memberikan cabaran berbeza. Tidak mengapa jika ia tidak popular tapi saya sukakan sukan ini. Jika diteliti sukan ini amat menarik. Ia memberi cabaran luar biasa dan juga memerlukan kepantasan untuk berfikir kerana kita perlu bijak membaca tiupan angin dan bagaimana mahu mengendali­kan perahu layar.

S: Anda sudah berjaya di peringkat Sukan SEA apabila tidak pernah terlepas untuk menyumbang pingat biarpun baru berusia 9 tahun ketika beraksi di Sukan SEA Myanmar, boleh anda berkongsi dengan pembaca apa sasaran anda di masa hadapan?

J: Sasaran saya sudah pastinya mahu menakluk dunia dan bergelar juara. Tapi saya tahu ia bukan mudah namun saya tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha merealisas­ikan impian itu. Saya juga mahu bertukar ke kelas yang lain iaitu kelas

420.

S: Siapakah idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilih beliau sebagai idola anda?

J: Idola saya adalah abang saya sendiri, Ahmad Latif Ali Sabri Khan. Dia seorang pelayar handalan. Banyak kejayaan yang sudah dia kecapi. Antaranya memenangi

Sukan pelayaran mungkin tidak sepopular bola sepak atau badminton. Namun ia memberi cabaran yang berbeza malah biarpun baru berusia 15 tahun Muhammad Fauzi Kaman Shah sudah ke merata dunia.

Biarpun begitu misinya belum tamat kerana mahu segah idolanya iaitu abang tirinya, Ahmad Latif Ali Sabri Khan.

Bagaimanap­un pengalaman Fauzi dalam sukan pelayaran cukup meluas.

pingat perak Sukan Asia Guangzhou, China, emas di Sukan SEA Singapura dan KL2017. Pengalaman­nya dalam sukan pelayaran ini juga luas. Saya tahu banyak lagi yang perlu saya pelajari daripadany­a.

S: Sekiranya anda mempunyai masa lapang apakah aktiviti yang anda lakukan? J: Pelayaran sudah sebati dalam diri saya. Masa lapang

 Kejayaan abang dorong Fauzi kejar

impian bergelar juara dunia

Bermula dengan pingat gangsa Sukan SEA Myanmar 2013, temasya Sukan SEA Singapura menyaksika­n kebangkita­n atlet dari Kedah itu apabila meraih emas.

Kejayaan itu juga mengangkat­nya sebagai penerima anugerah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2016.

Langkah cemerlangn­ya diteruskan pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017). Fauzi sekali lagi menjadi watak utama apabila menyumbang dua emas.

Ikuti perjalanan karier atlet berusia 15 tahun itu dalam mengejar impian bergelar juara dunia.

saya diisi dengan mengkaji kelemahan yang perlu diperbaiki.

S: Tahun depan akan berlangsun­g temasya Sukan Asia di Indonesia, tidakkah anda memasang impian untuk beraksi di sana?

J: Ya, jika ditanya pasti saya mahu beraksi di Sukan Asia. Memang acara pelayaran dipertandi­ngkan tapi ia bukan acara saya.

 ??  ?? FAUZI mengucup emas dimenangi dalam acara optimist Sukan SEA 2017.
FAUZI dijulang jurulatih Hafizi Mohd
Roslee selepas memperoleh emas kelima pelayaran pada Sukan SEA
2017.
FAUZI mengucup emas dimenangi dalam acara optimist Sukan SEA 2017. FAUZI dijulang jurulatih Hafizi Mohd Roslee selepas memperoleh emas kelima pelayaran pada Sukan SEA 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia