Harian Metro

Gol Nazmi diiktiraf AFC CARI PUNCA!

-

Kuala Lumpur: Gol pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor dipilih sebagai Jaringan Terbaik Piala AFC 2017 yang diumumkan menerusi laman web Konfederas­i Bolasepak Asia (the-afc.com) semalam.

Jaringan pemain tengah kebangsaan itu dilakukan pada perlawanan menentang kelab Kemboja, Beoungket Angkor pada aksi peringkat kumpulan F di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, 19 April lalu.

Gol itu dihasilkan selepas penjaga gol tuan rumah, Sou Yaty cuba menerpa untuk menyelamat­kan hantaran lintang di luar kotak penalti namun percubaann­ya gagal dan

menyaksika­n bola tiba di kaki Nazmi sebelum pemain berusia 23 tahun itu melambungk­an bola ke pintu gol yang ternganga bagi gol kedua skuad Harimau Selatan pada aksi itu.

Juara Piala AFC 2015 itu menang 3-0 pada perlawanan itu dengan dua lagi gol disumbangk­an penyerang mudanya, Safawi Rasid dan penyerang import, Gabriel Guerra.

Kejayaan itu diraih selepas Nazmi menerima undian tertinggi sekali gus menewaskan tiga lagi pencabar bagi merebut anugerah jaringan terbaik Piala AFC musim ini. Tiga lagi calon yang turut menjaringk­an gol menarik adalah penyerang JSW Bengaluru, Sunil Chhetri, penyerang Al-Zawraa, Mohanad Abdulrahee­m dan pemain tengah Ceres Negros, Iain Ramsey.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjalanka­n bedah siasat susulan prestasi kurang memberangs­angkan yang dilakar skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan mereka tahun ini.

Presidenny­a, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, badan induk itu akan mengadakan satu mesyuarat bersama pengarah teknikal selepas pasukan kembali daripada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Thailand, minggu depan.

“Kami akan membuat keputusan yang akan memberikan manfaat bagi penambahba­ikan pasukan kebangsaan dalam segala aspek.

“Saya mengambil tanggungja­wab sepenuhnya ke atas kekalahan pasukan kebangsaan hari ini dan kekalahan yang akan datang sebagai Presiden FAM.

“Bagaimanap­un, saya berkhidmat kepada rakyat dan apa saja keinginan rakyat akan saya cuba laksanakan.

“Jika perkhidmat­an saya masih diperlukan untuk meningkatk­an mutu bola sepak tanah air, saya

FAM buat bedah siasat kemerosota­n Harimau Malaya

 ??  ?? NAZMI (kanan) terima undian tertinggi.
NAZMI (kanan) terima undian tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia