Harian Metro

Fokus bantu anak istimewa

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Saat ada pihak mendakwa pengarah dan produser Aifa Motion Pictures, Ahmad Idham Nadzri, 45, sudah muflis kerana kegagalan dua filem arahannya,

Minah Motor dan Pencuri Hati Mr Cinderella, barubaru ini, tidak ramai yang tahu dia sebenarnya sedang mengatur langkah memperluas­kan empayar ke bidang lain juga.

Antara yang jelas ialah penubuhan Aifa Skills Academy yang menawarkan program diploma kemahiran seperti Diploma Penerbitan Drama dan

Filem dan terbaru, Diploma Pendidikan Khas.

Dalam tempoh sama, dia juga menubuhkan sekolah pendidikan khas dikenali Eden Firdaus sejak Februari 2015.

Kata Ahmad Idham, dia mahu perluaskan fokus kepada bidang lain tidak sekadar penerbitan filem.

“Apabila masuk ke dalam bidang ini, mereka yang terbabit lebih jujur dan ikhlas. Malah, lebih ramai yang cerdik dan mungkin selepas fokus dalam bidang pendidikan, netizen tidak lagi mengecam saya,” katanya berseloroh.

Ahmad Idham akui perjuangan­nya pada masa ini lebih kepada anak-anak istimewa sebab menyedari betapa ramai golongan itu perlukan bantuan.

Usahanya dianggap sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) jenama Aifa yang ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu.

Dia juga bersyukur kerana ramai rakan artis mula menunjukka­n kesedaran mengenai usaha dilakukan. Malah, beberapa syarikat tempatan turut memasukkan Eden Firdaus ke dalam agenda projek CSR mereka.

Sasaran Ahmad Idham kini untuk perluaskan Eden Firdaus menjadi francais. Jika tiada aral, ia akan bermula di Johor tahun depan.

Katanya, lokasi sedia ada pada masa ini tidak dapat menampung jumlah pelajar yang bertambah.

“Kelas di Eden Firdaus hanya mampu menampung 30 pelajar pada satu masa. Sebab itu bakal berpindah ke lokasi lebih besar sebelum penghujung tahun ini,” katanya.

Dek penawaran diploma kemahiran pendidikan khas di akademinya juga, Ahmad Idham merancang untuk pakejkan sekali dengan tenaga pengajar yang bakal lahir daripada program itu ke francais Eden Firdaus pada masa depan.

Tanpa berselindu­ng, dia akui sambutan terhadap program itu masih kurang kerana kesedaran dan pemahaman masyarakat pada pendidikan khas masih rendah.

Katanya, kebanyakan yang hadir adalah pengurus tadika dan ibu bapa yang mahu mendalami ilmu pendidikan khas.

Dia berharap program diwujudkan mendapat perhatian lebih banyak pihak.

Diam tak diam, pengarah filem itu berhasrat untuk mewujudkan yayasan khas membantu anak-anak istimewa supaya bantuan diberikan lebih spesifik.

Katanya, sebahagian daripada hasil kutipan filem akan datang atau keuntungan syarikat akan diserap ke dalam yayasan itu kelak. Apa pun, semua itu masih dalam peringkat perancanga­n.

Kurangkan Penerbitan Filem

Ahmad Idham juga bakal mengurangk­an penerbitan filem kepada satu atau dua filem dalam tempoh setahun. Bukan kerana kecewa dengan kutipan filem tetapi kerana mahu fokus dalam bidang pendidikan khas.

Katanya, bidang pendidikan yang diceburi ini bukan untuk bisnes semata-mata, tapi mahu dikongsi tanggungja­wab kepada golongan itu.

“Penerbitan filem akan dikurangka­n. Jika tiada aral, saya mahu hasilkan filem berkaitan autisme tahun depan.

Skrip sudah pun dalam peringkat penyelidik­an,” katanya.

Meletakkan judul awal sebagai Firdaus, filem itu berkisar kehidupan beberapa watak yang berdepan dengan cabaran dan cara membesarka­n anak autisme.

Katanya, dia mendapat idea itu ketika bertemu ibu bapa yang mempunyai anak autisme di Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus yang ditubuhkan dua tahun lalu.

“Ada lebih 100 kisah menarik dikongsika­n mereka dan dijadikan iktibar buat mereka yang mempunyai anak istimewa ini.

“Ia termasukla­h pengalaman saya dalam membesarka­n anak sulung, Ahmad Firdaus, 17, yang menghidap autisme sejak usia dua tahun.

“Saya jangkakan filem itu akan ditayangka­n April tahun depan sempena sambutan bulan autisme sedunia,” katanya.

Filem terbaru arahannya, Hantu Wangan kini dalam peringkat suntingan akhir. Ahmad Idham juga bakal muncul sebagai pelakon dalam filem genre kebombaan, Qhaliq arahan Rosli

Mohd Taib yang akan ditayangka­n awal tahun depan.

 ??  ?? KETUA Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Nidzam Kamarulzam­an (kiri) bersama Ahmad Idham melancarka­n program baru Aifa Skills Academy Diploma Pendidikan Khas.
KETUA Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Nidzam Kamarulzam­an (kiri) bersama Ahmad Idham melancarka­n program baru Aifa Skills Academy Diploma Pendidikan Khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia