Harian Metro

Saya bukan hanya penyanyi rock

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Lan harap penyertaan dalam GV4 mudahkan perjalanan untuk bergerak solo

Vokalis kumpulan Kristal, Razlan Mohamed Yosof tidak pernah berhenti berjuang dalam industri seni suara tanah air.

Dia giat berusaha mencari landasan baru untuk membantu dirinya terus kukuh di persada sebagai penyanyi.

Mencipta populariti dan kejayaan bersama Kristal, Lan berasakan kerjayanya semakin ‘suam’. Perhatian peminat kini lebih terarah kepada pendatang baru yang masih muda.

Bagaimanap­un, Lan tidak menyalahka­n keadaan semasa mahupun cemburu dengan penyanyi baru. Ia adalah perkara biasa yang akan berlaku pada pendatang baru.

Penyanyi lama sepertinya hanya ingin bertahan kerana ia adalah jiwa dan punca pendapatan mereka.

“Sedikit sebanyak saya berasa aura saya tidak sama seperti dulu. Itu lumrah dan adat resam dalam dunia seni. Sebagai penyanyi lama, saya berusaha untuk terus diterima dan kekal relevan.

“Normal penyanyi baru mendapat perhatian lebih kerana mereka mempunyai kualiti dan masih muda. Malah, mereka lebih aktif di media sosial dan berinterak­si dengan peminat.

“Tidak ada apa perlu dikecewaka­n kerana ia sebahagian daripada perjalanan seni. Saya sekadar ingin terus mempertaha­nkan tapak untuk kekal relevan dalam industri,” katanya.

Menjadi salah seorang peserta pertanding­an

Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

Dia ingin menjadikan pentas itu sebagai penanda aras agar peminat dapat melihat dia juga mampu membawakan lagu genre lain.

Sebelum ini, Lan pernah menjadi penyanyi jemputan GV dari musim pertama hingga ketiga. Namun, kali ini agak berbeza kerana dia berentap dengan 11 peserta yang turut bertanding seperti Liza Hanim, Elyana, Ferhad, Aqasha dan Aisyah.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu dia bercadang bergerak solo, namun ketika itu terikat dengan kontrak. Kini, lebih aktif untuk bergerak sendiri.

“Saya tidak membelakan­gkan Kristal, cuma ini projek solo. Sudah lama saya terfikir melakukan projek ini dan pembabitan sebagai peserta GV4 membuatkan perjalanan ke arah itu lebih lancar.

“Saya bersetuju menyertai GV4 kerana ingin mencuba nasib. Manalah tahu dapat membuka lebih banyak rezeki. Ia umpama penampilan semula saya tetapi bersendiri­an tanpa anggota kumpulan lain,” katanya.

Lan melihat GV4 landasan memperliha­tkan sisi lainnya. Selama ini peminat melihat dia sebagai penyanyi rock, namun ada kelebihan lain masih belum ditunjukka­n olehnya.

Melihat konsep pertanding­an itu sendiri, Lan tertarik kerana lagulagu dinyanyika­n peserta berlainan daripada genre didendangk­an sebelum ini.

“Saya dikenali sebagai penyanyi rock tetapi menerusi pertanding­an ini saya dapat pamerkan kebolehan menyanyika­n lagu genre lain.

“Saya sedar cabaran bersama Kristal dan solo tidak sama. Peminat melihat saya sebagai anggota kumpulan itu dan akan terus sinonim dengan lagu rock,” katanya.

Tambah Lan, sepanjang bergelar penyanyi, dia kurang mendapat jemputan majlis korporat. Dia hanya dipanggil memeriahka­n acara apabila bertemakan rock.

Bagaimanap­un, dia tidak menyalahka­n mana-mana pihak melabelkan dia sebagai penyanyi rock kerana awal pembabitan­nya menyanyika­n lagu genre itu.

“Apabila dilabel sebagai penyanyi rock, jemputan saya terima agak terhad. Hanya apabila ada acara bertemakan rock barulah kami dipanggil.

“Namun, saya tidak salahkan mereka kerana sejak awal pembabitan pun Kristal memang menyanyika­n lagu genre rock.

“Apa yang saya harapkan, penyertaan dalam GV4 menunjukka­n sisi saya yang lain. Saya juga boleh menjadi penyanyi yang serba boleh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia