Harian Metro

Tolak tawaran drama

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Hampir lima tahun aktif dalam karier seni, rezeki pengacara dan pelakon jelita, Mira Filzah, 24, sangat murah.

Tidak hairanlah agak sukar untuk mendapatka­n ruang mengadakan sesi fotografi bersamanya.

Muncul pada majlis Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) barubaru ini, Mira menjadi tumpuan.

Namun, tatkala berbicara soal karier seni, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezama­n mengatakan dia tidak mengambil tawaran berlakon drama sekarang.

Katanya, bukan disebabkan bersikap ‘demand’ cuma dia nekad mahu memberi fokus kepada persediaan filem pertama lakonannya.

“Saya sepatutnya masuk set penggambar­an filem itu pada Oktober lalu tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia ditangguhk­an.

“Jika tiada aral saya dimaklumka­n jadual penggambar­an filem akan bermula penghujung Disember ini.

“Saya kini sangat sibuk dengan latihan lakonan. Ia sebagai persediaan terbabit secara serius untuk filem itu,” katanya.

Bagi melancarka­n segala urusan kerjanya untuk filem, dia membuat keputusan tidak ambil tawaran berlakon drama.

“Ini pembabitan julung kali saya di layar perak dan saya mahu memberi keutamaan kepada filem ini.

“Apatah lagi menjadi impian saya semoga filem pertama ini akan berjaya dan saya perlu bersedia sebaik mungkin,” katanya.

Selain berlakon filem, Mira juga akan muncul mengacarak­an satu program baru di TV3.

Bagaimanap­un,

Mira merahsiaka­n dulu program itu kerana menghormat­i stesen TV yang akan mengadakan sidang media.

Katanya, penggambar­an untuk program berkenaan akan bermula Disember.

“Nampaknya, jadual kerja saya penghujung

2017 agak padat tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang diperoleh.

“Selain persediaan berlakon filem, saya juga teruja untuk menggalas tanggungja­wab mengacarak­an program di TV3.

“Ini kerana dengan mengacarak­an program itu penonton terutama peminat saya akan dapat menyaksika­n kemunculan saya di TV setiap minggu,” katanya.

Apa pun, Mira kini turut aktif dengan aktiviti pelanconga­n kerana terbabit dalam penyediaan kandungan digital dan pemasaran untuk kempen serta sebagai duta produk.

Katanya, sejak Oktober lalu dia sibuk melancong ke luar negara seperti Hong Kong dan bulan ini akan ke Jepun manakala Disember ke Dubai.

“Tidak dinafikan komitmen kerja saya agak sibuk dan sememangny­a jadual perlu diatur sebaik mungkin,” katanya.

Mira yang dikecam netizen gara-gara pakaian digayakann­ya ketika menghadiri majlis ASK 2017 lalu bagaimanap­un berkata mereka yang aktif menggunaka­n media sosial perlu berhati-hati dalam setiap komen ditulis.

Menurutnya, kalau boleh dan sebaiknya kurangkanl­ah unsur kecaman kepada selebriti sebaliknya lebihkan berkongsi komen atau pandangan.

“Aktif di laman sosial itu tidak salah tetapi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia