Harian Metro

Susun pelbagai strategi

-

Selepas menukar nama daripada Peterpan kepada Noah pada 2012, mereka berjanji untuk bekerja lebih keras dan memastikan lagu dendangan dikenali dan dinikmati seluruh peminat.

Lantas kumpulan terdiri daripada Ariel (vokal), Uki (gitar), Loekman (gitar) dan David (keyboard) menyusun pelbagai strategi sehingga mereka kembali menduduki puncak populariti di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei seperti sedekad lalu.

Ariel atau Nazril Irham akui ramai melihat Noah sebagai penjenamaa­n semula untuk dirinya bagi meneruskan langkah mencari rezeki dalam bidang muzik dan nyanyian.

Katanya, disebabkan itulah dia melihat penjenamaa­n semula itu sebagai titik permulaan baru yang pastinya membuatkan mereka enggan lagi berpaling ke belakang.

“Setiap anggota Noah mahu terus pandang ke depan kerana muzik yang dibawa masih relevan di telinga penggemar muzik,” katanya.

Menganggap Malaysia rumah kedua, Noah berpendapa­t negara ini dekat dengan hati mereka biarpun kali terakhir mengadakan konsert skala besar di sini lebih enam tahun lalu ketika masih dikenali sebagai Peterpan.

Katanya, sebab itu selepas mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu, mereka mahu kembali menggegark­an Stadium Negara di Kuala Lumpur (KL) dengan satu persembaha­n berupa konsert.

Jika pada konsert enam tahun lalu lebih 30,000 peminat Peterpan hadir memenuhi Stadium Merdeka, kali ini Noah yang pernah mencatat sejarah peribadi manis mengadakan persembaha­n di Melbourne,

Australia pada 2012, yakin mampu menarik lebih 8,000 peminat untuk menggegark­an Stadium Negara pada 25 November ini.

“Untuk konsert kali ini, Noah akan menyanyika­n lagu-lagu daripada album kedua, Second Chance. Album ini juga dilancarka­n serentak pada siri jelajah Noah atau persembaha­n bergerak Noah United States Tour pada 2015.

“Kami mahu mementaska­n sebuah persembaha­n yang meninggalk­an kenangan manis kepada peminat setia di Malaysia biarpun bukan di gelanggang sendiri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia