Harian Metro

Gaya sut curi tumpuan

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Malam Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang berlangsun­g 3 November lalu memperliha­tkan selebriti dan pelakon popular hadir dengan gaya dan fesyen pelbagai.

Ada yang memilih gaya tradisiona­l kontempora­ri, gaun labuh kain meleret dan tidak kurang memilih gaya lebih sofistikat­ed seperti memakai sut.

Gaya sut membuatkan selebriti nampak lebih berketeram­pilan apatah lagi berseluar memberikan mereka kebebasan untuk bergerak apabila melalui acara karpet merah.

Tidak mahu terikat dengan gaya terlalu maskulin, Nabila Huda memilih sut bersaiz besar. Melengkapk­an gaya dia memilih aksesori kaca mata hitam bentuk retro. Ternyata malam itu penampilan

Nabila Huda mencuri tumpuan dan menjadi perhatian ramai.

Kebelakang­an ini pelakon Nad

Zainal gemar menggayaka­n sut.

Sewaktu majlis sidang media ASK

2017, dia hadir dengan sut hitam, pada malam anugerah memilih sut putih. Dipadankan dengan kemeja warna perak membuatkan penampilan­nya bertambah menyerlah.

Zara Zya pula memilih sut yang lebih membuatkan penampilan­nya kelihatan feminin.

Fabrik warna merah jambu yang dipakai berlatarka­n corak bunga hitam membuatkan pelakon

Love You Mr Arrogant itu begitu ayu. Choker pada leher menjadi titik tumpu pada keseluruha­n gaya.

Walaupun tidak memakai sut, gaya pelakon dan kini bergelar penerbit, Sharifah Shahora dengan seluar ala palazo dan digayakan dalam persalinan ala kebaya potongan moden, tetap menarik perhatian umum. Hiasan renda Perancis pada bahagian pinggang busana digayakan, sesuai dengan usia.

Stacy pula memilih gaya ranggi apabila tampil dengan baju melekap tubuh bersama seluar konsep dan warna selari. Ternyata penyanyi yang kini hangat dengan lagu Cakap Ke Tangan itu nampak garang sesuai imej mahu ditampilka­n di atas pentas.

 ??  ?? NABILA HUDA
STACY
NAD ZAINAL
NABILA HUDA STACY NAD ZAINAL
 ??  ??
 ??  ?? SHARIFAH SHAHORA
SHARIFAH SHAHORA
 ??  ??
 ??  ?? ZARA ZYA
ZARA ZYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia