Harian Metro

Gigih terus perjuangan

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Sentiasa yakin genre muzik tradisiona­l seperti irama Malaysia takkan pernah luput di hati peminat membuatkan penyanyi Noraniza Idris, 48, gigih meneruskan perjuangan­nya.

Noraniza mendapat jolokan ‘Ratu Irama Malaysia’ kini giat memperkasa­kan program Pembanguna­n Belia Melalui Budaya oleh Akademi Tatih

Seni Malaysia di bawah pimpinanny­a.

Katanya, program Pembanguna­n Belia Melalui Budaya itu dianjurkan sebagai membuka peluang kepada anak muda yang kurang berminat dalam akademik tetapi memiliki kemahiran dalam asas kesenian.

“Mereka pada saya adalah modal insan yang memerlukan bimbingan latihan profesiona­l dan motivasi untuk terus memartabat­kan budaya tradisi bangsa,” katanya.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu

Dikir Puteri dan Dondang Dendang ini yakin usaha murni itu akan mendapat sambutan.

Selama 32 tahun menceburi bidang seni, Noraniza berkata, sudah lebih dua dekad dia aktif memperjuan­gkan irama Malaysia.

“Apapun, hingga kini masih ada impian saya yang belum tercapai iaitu muncul dalam konsert irama Malaysia sendiri.

“Semoga tahun depan impian ini akan jadi kenyataan. Cuma yang pasti kini saya memang memberi tumpuan kerja belakang tabir,” katanya.

Noraniza selesa jika pelapis baru irama Malaysia banyak mendapat pendedahan dan peluang untuk ketengahka­n bakat.

Kini dia bangga kerana anak bongsunya, Mohd Alfeeq Haiqal, 24, atau

Fee Haiqal turut mengikut jejaknya sebagai penyanyi.

Kata anak jati kelahiran Johor ini, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

“Saya memang tidak menghalang dan akan memberi sokongan penuh kepada Fee untuk terus berusaha membina nama dan karier sebagai penyanyi.

“Selain menyanyi,

Fee juga ada bakat dalam penciptaan lagu. Jadi, sayang kalau tidak diberi sokongan dan galakan,” katanya.

Pengalaman yang ada padanya turut dikongsi Noraniza dengan Fee. Dia bangga melihat anaknya sangat komited dan fokus dalam bidang muzik yang diceburi.

“Sebagai ibu, ia perkara yang amat menggembir­akan saya. Melihat kesungguha­nnya termasuk sikap rajin bertanya kepada saya, diharapkan Fee akan memperoleh kejayaan diimpikan.

“Malah saya juga menyokong apa saja genre muzik yang mahu diketengah­kan Fee dalam perjuangan seninya,” katanya.

Ibu dua anak bujang ini akui anak muda zaman sekarang ada cita rasa muzik pilihan sendiri. Katanya, paling penting mereka harus diberi peluang.

“Saya juga doakan pembabitan Fee akan mendapat perhatian kerana dia sudah berusaha,” katanya.

Memilih genre R&B dan pop, Fee muncul dengan single pertama, Aku Mencari ciptaan sendiri.

Selain berharap single Aku Mencari mesra radio, Noraniza juga bangga melihat kesungguha­n anaknya mempromosi­kan lagu itu di platform media sosial.

 ??  ??
 ?? NORANIZA ?? Selain menyanyi, Fee
juga ada bakat dalam penciptaan lagu.
Jadi, sayang kalau tidak diberi sokongan dan
galakan
NORANIZA Selain menyanyi, Fee juga ada bakat dalam penciptaan lagu. Jadi, sayang kalau tidak diberi sokongan dan galakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia