Harian Metro

Jangan sesekali abaikan pelajaran

-

Sentiasa minta restu ibu bapa, memohon maaf kepada sesiapa yang pernah kita terguriska­n hati mereka dan memaafkan mereka yang pernah sakitkan hati kita. Bukan tunggu hari raya saja perlu minta maaf.

Sementara itu, barubaru ini, adik berpeluang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menghadiri majlis pelancaran Tonton di AirAsia di mana penumpang yang menaiki kapal terbang kini boleh menonton pelbagai rancangan menarik secara percuma hanya dengan melayari laman sesawang www.rokki.com di peranti mudah alih mereka.

Sebagai duta kepada Tonton, adik berasa teruja kerana selepas ini adik boleh menonton drama atau berhubung bersama peminat di laman sosial ketika menaiki kapal terbang.

Barulah hidup rasa lebih wow dan bermakna kerana boleh berkomunik­asi di mana saja anda berada! Hihi.

Kerjasama ini adalah satu pengalaman baru di mana sebelum ini setiap kali menaiki kapal terbang, adik biasanya akan habiskan masa dengan tidur apabila perjalanan dalam tempoh yang lama.

Sekarang walapun berada dalam kapal terbang di paras ketinggian 10,000 kaki, adik masih boleh melayari Internet sambil menonton program diminati sehingga sampai ke destinasi.

Tahniah adik ucapkan kepada Tonton dan Air

Asia. Semoga kerjasama ini berjaya dan terus berkembang. Selain itu, adik nampak peluang selebriti Malaysia untuk dikenali oleh pelancong yang menaiki kapal terbang Air Asia amat cerah.

Apa pun, jangan lupa guna wifi Rokki dan klik Tonton dalam kapal terbang pasti terus boleh menonton pelbagai drama menarik karya tempatan. Terima kasih Tonton! #DebaranSPM

Selamat menghadapi peperiksaa­n kepada semua calon SPM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia