Harian Metro

Teruja susuri Sungai Nil

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Berpeluang menjelajah sungai terpanjang di dunia di samping mengimbau sejarah dan tamadun Islam membuatkan penyampai berita dan pengacara program sukan TV3, Hasnida Hanim Ahmad Kamil menyahut cabaran menyertai Ekspedisi

Kayak Merentasi Sungai

Nil 2017.

Program dianjurkan Majlis Rekreasi Malaysia (MRM) bertujuan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai kumpulan pertama dari Malaysia melakukan ekspedisi ekstrem ini.

Berkongsi cabaran bakal dipikul bermula Rabu lalu hingga 19 November ini, jelas Hanim dia satu-satunya selebriti menyertai Ekspedisi

Kayak Merentasi Sungai

Nil 2017.

Perserta lain ialah Rosliza Saad, Wan Zulhamli Wan Abdul Rahman, Izwan Md Sumairi, Mohd Haniff Muhamad Zain, Shamsudduh­a Junaidi, dan Ahmad Iqbal Khairi Ismail.

Kata Hanim, dia mengetahui mengenai program terbabit apabila pihak MRM mengadakan pemilihan terbuka di mana mereka yang berminat harus menghantar permohonan beserta latar belakang aktiviti lasak yang pernah mereka ikuti.

“Saya difahamkan ada 72 calon memohon dan semua dipanggil untuk menjalani ujian saringan awal. Kemudian 13 orang dipilih untuk menjalani latihan pusat bermula Julai lalu dan sepanjang tempoh itu hanya sembilan yang layak.

“Mereka yang layak harus mengikuti latihan intensif setiap hari di mana Isnin hingga Jumaat kami menghabisk­an masa di gimnasium sementara Sabtu dan Ahad menjalani latihan berkayak di Kelab Tasik Putrajaya sejauh 35 kilometer sehari.

“Selain itu, kami turut mengadakan latihan panjat Bukit Broga dan Batu Caves,” katanya.

Hanim akui teruja mengikuti program itu kerana Nil adalah sungai terpanjang di dunia dan sejarah Islam sendiri banyak berkembang di sana.

Katanya, untuk menyertai aktiviti lasak ini dia tidak menghadapi banyak masalah kerana sebelum ini sudah biasa menyertai maraton dan mendaki gunung.

“Cuma untuk kayak, ini kali pertama saya membabitka­n diri secara serius. Sebelum ini saya lakukan hanya untuk rekreasi,” katanya.

Dalam usia mencecah 37 dan bergelar ibu, Hanim akui bukan halangan untuknya menyertai sukan lasak ini apatah lagi ahli keluargany­a sentiasa memberi sokongan dan galakan.

“Sebagai bekas atlet dan turut aktif bermain futsal dan bola jaring hingga kini, saya berasakan untuk menyertai ekspedisi ini bukan satu masalah.

“Ia bukan perkara baru cuma mungkin dalam aktiviti berkayak di Sungai Nil ini cabarannya berbeza berbanding apa yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Sebelum ini saya menyertai pasukan simpanan untuk program menjelajah ke Kutub Utara April lalu dan sepanjang mengikuti program terbabit saya banyak belajar.

“Mereka yang menyertai ekspedisi ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang sukan extreme. Kami tidak kenal antara satu sama lain tapi apabila berada dalam satu pasukan, kami banyak berkongsi tip bagaimana hendak berdepan dengan cabaran. Apa saja saranan yang mereka cuba kongsi, saya akan amalkan,” katanya.

Apa pun, Hanim akui cabaran yang bakal dihadapi nanti adalah cuaca kerana di sepanjang Sungai Nil agak panas dan kering.

“Kami akan sentiasa berhati-hati terhadap kemungkina­n bakal berlaku. Persediaan sekiranya kayak terbalik dan bagaimana hendak kembali naik dan menyelamat­kan diri,” katanya.

Berkongsi perancanga­n aktiviti untuk mencapai misi dirancang, kata Hanim setiap ahli ekspedisi akan menaiki kayak individu dan bukan dikongsi. Mereka juga berada di atas bot untuk tidur dan makan.

Selebihnya mereka mendayung bagi mencapai impian menamatkan penjelajah­an dari Aswan ke Luxor dengan jarak 250 kilometer hanya dalam tempoh lima hari.

“Sungai Nil satu dari dua sungai terpanjang di bumi yang mengalir sepanjang 6,650 kilometer dan merentasi lebih sembilan negara iaitu Habsyah, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan Mesir.

“Sungai Nil juga mempunyai peranan sangat penting dalam peradaban, kehidupan dan sejarah bangsa Mesir sejak ribuan tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? HANIM satu-satunya selebriti yang dipilih untuk menyertai Ekspedisi Kayak Merentasi Sungai Nil 2017.
HANIM satu-satunya selebriti yang dipilih untuk menyertai Ekspedisi Kayak Merentasi Sungai Nil 2017.
 ??  ?? BERSAMA mereka yang turut terpilih menyertai ekspedisi anjuran MRM.
BERSAMA mereka yang turut terpilih menyertai ekspedisi anjuran MRM.
 ??  ?? HANIM menjalani sesi latihan intensif di Kelab
Tasik Putrajaya.
HANIM menjalani sesi latihan intensif di Kelab Tasik Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia