Harian Metro

Keistimewa­an Destinasi Selebriti

-

Mungkin tidak ramai yang tahu pelakon Zalif Sidek berasal dari Terengganu sementara Fazreen Rafi dari Pahang atau Ruhainies (Pulau Pinang).

Bagaimanap­un menerusi program Destinasi Selebriti meninjau tempat menarik, aktiviti rutin yang seronok dan biasa dilakukan serta lokasi makanan kegemaran membabitka­n artis popular kelahiran negeri pilihan bersama hos, Syed Aiman.

Bersiaran setiap Ahad, jam

2.30 petang di TV1 bermula hari ini, Syed Aiman memulakan jurnal pengembara­annya dengan mengundang Zalif Sidek menjelajah ke Terengganu.

Mereka mula dengan menunggang kuda dan menikmati makanan tradisiona­l negeri ini kemudian melawat satu tempat hiburan unik di mana kontena lama diubah suai menjadi gerai iaitu Dapo PATA yang menawarkan makanan enak berserta hiburan muzik oleh ‘buskers’.

Bersama pelakon Fazreen Rafi pula, kita dibawa melawat ke lokasi menarik di Pahang, Chengal Hill Retreat di Janda Baik di mana mereka menyertai aktiviti luar rumah seperti memasuki kolam dan menghayati dari dekat beberapa jenis ikan yang dipelihara.

Seterusnya menguji kebolehan dalam aktiviti memanah sebelum ke Temerloh untuk menikmati menu istimewa ikan patin.

Pelakon Ryzal Jaafar pula berkongsi rasa teruja pulang ke kampung halamannya di Kedah apabila mengunjung­i Jeti Seberang Kota, tempat penjualan pelbagai jenis ikan dan Muzium Padi Negeri Kedah yang menyimpan khazanah dan sejarah Negeri Kedah terutama berkaitan penanaman padi.

Jalan-jalan di Kelantan bersama Danny X- Factor pula melawat beberapa tempat seperti Pulau Suri, di mana ada pasar terapung menjual beraneka jenis makanan dan barang tempatan dari bot kecil.

Pengalaman sukar dilupakan pastinya mengunjung­i Sekolah Beruk, di mana beruk dilatih melakukan pelbagai aktiviti yang dapat membantu manusia.

Selebriti lain ialah Aweera (Perlis), Iqram Dinzly (Perak), Beego (Johor),

Roy Azman (Melaka), Reen Rahim (Kuala Lumpur) dan Linda Rafar (Selangor).

Istimewany­a, penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam turut berkongsi momen mengujakan beliau mengunjung­i lokasi menarik dan mencuba menu istimewa di Putrajaya.

Ikuti penjelajah­an dan perkongsia­n tempat istimewa seluruh negara dalam Destinasi Selebriti setiap Ahad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia