Harian Metro

Seronok sertai Running Man

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kehadiran Jeon So Min,

31, sebagai anggota baru Running Man (RM) pada awalnya mendapat pelbagai reaksi daripada peminat program anekaragam berkenaan.

Malah dia turut dibandingk­an dengan Ji Hyo yang lebih dahulu menjayakan RM. Bagaimanap­un kini kehadirann­ya ternyata membantu meningkatk­an lagi populariti­nya.

Sikapnya yang selamba berjaya mencuit hati penonton hingga bilangan pengikutny­a kini bertambah dan mengumpul peminat di serata dunia.

Ternyata So Min mempunyai daya tarikan tersendiri. Tidak hairan kehadirann­ya dalam rancangan berkenaan sejak April lalu diterima dengan hati terbuka oleh penyokong RM.

Pernah menjadi tetamu jemputan dalam RM,

So Min tidak pernah terfikir untuk menjadi anggota tetap program itu tetapi apabila peluang diberikan, dia tidak mahu melepaskan­nya.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana rancangan anekaragam sebelum ini tetapi pernah menjadi tetamu jemputan RM. Apabila tawaran ini datang, saya terfikir kenapa tidak saya cuba.

“Saya rasa janggal pada mulanya kerana isu penyingkir­an Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang ketika itu masih diperkatak­an, tiba-tiba pula muncul anggota baru iaitu saya dan Se Chan.

“Penyertaan kami dalam RM awalnya mendapat reaksi negatif. Apatah bagi mereka berenam sudah lama bersamasam­a merasai turun naik program itu. Namun, sikap ramah mereka membuatkan saya cepat mesra dengan mereka,” katanya.

RM yang mula ditayangka­n sejak Julai 2010, dianggotai Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Yoo Jae Suk, Haha, Lee Kwang Soo, Ji Suk Jin, Gary, Song Joong Ki dan Lizzy.

Kemudian tinggal berenam selepas Joong

Ki, Gary dan Lizzy meninggalk­an rancangan itu hinggalah produksi membuat keputusan untuk menambah dua lagi anggota RM iaitu So Min dan Se Chan.

Hubungan Ji Hyo dan So-Min kini umpama adik beradik. Malah peminat memberikan gelaran Mongdol kepada mereka. Namun, So Min tidak terlepas dari terus-menerus dibandingk­an dengan Ji Hyo.

“Saya tidak dapat menandingi Ji Hyo. Dia sudah lama bersama

RM dan penonton juga sudah terbiasa melihat dia menyelesai­kan tugasan sebagai satu-satunya wanita dalam RM.

“Dalam apa cara sekali pun, Ji Hyo sudah memenangi hati penonton. Membanding­kan saya dengan Ji Hyo adalah perkara yang membuatkan saya gementar. Saya masih baru. Masih banyak yang saya perlu belajar dan ketahui.

“Namun saya faham perbanding­an itu dibuat kerana terlalu ramai yang menyayangi Ji Hyo. Mereka tidak mahu identiti Ji Hyo

Penyertaan Jeon So Min mulanya dapat reaksi negatif kini kumpul ramai peminat

hilang kerana kehadiran anggota wanita baru. Saya tidak berkecil hati, itu hak mereka,” katanya.

Berikutan penerimaan penonton terhadap So Min serta menjadi perhatian seluruh dunia yang menonton RM, barubaru ini dia ditawarkan membintang­i drama Cross: Gift Of God.

Dia bakal berganding dengan dua pelakon lelaki, Go Kyung Pyo dan Kang In Gyu. Bagaimanap­un So

Min belum membuat sebarang keputusan sama ada menerima atau sebaliknya.

So Min akui ia adalah tawaran menarik tambah pula mereka menawarkan­nya memegang watak utama.

“Sebelum ini saya ada juga muncul sebagai cameo dalam My Secret Romance, The Bride of Habaek dan Single Wife.

“Ia sebenarnya peluang besar untuk saya terus membuktika­n kemampuan lakonan saya. Bagaimanap­un, saya masih berbincang dengan syarikat pengurusan mengenai perkara ini.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk berlakon kerana Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo juga seorang pelakon, namun masih mampu memberi komitmen pada RM,” katanya.

So Min juga berterima kasih kepada semua pihak kerana penyertaan­nya sebagai anggota RM diterima baik. Tidak ada lagi komen negatif yang diterimany­a. Malah tawaran berlakon juga semakin bertambah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia