Harian Metro

Kayuhan susuri KL

-

projek pembanguna­n terkini iaitu Pantai Sentral Park terletak di kawasan ‘titik panas segi tiga emas’ semestinya lokasi sesuai untuk didiami sesuai dengan keperluan masyarakat mahukan kediaman di kawasan strategik.

Selain seni bina moden, kata Grace, permintaan masyarakat mahukan setiap pembanguna­n mengambil kira fasiliti serta persekitar­an damai dan tenang sesuai buat seisi keluarga.

“Harapan IJM Land menerusi program kayuhan santai ini memberi refleks kepada gaya hidup yang penduduk bakal nikmati menerusi hasil pembangu- nan meliputi kediaman mahupun komersial di Pantai Sentral Park.

“Mereka bukan saja dapat menikmati gaya hidup moden iaitu lokasi di tengah bandar memberi kemudahan pengangkut­an dan pusat beli-belah mahupun kesihatan, antara perkara lain ditimbang penduduk adalah gaya hidup sihat serta hijau.

“Penduduk mahu menikmati kehidupan bersama keluarga, selain bekerja dalam persekitar­an lebih menarik seperti jalan dan taman landskap yang menghijau.

“Dengan kayuhan ini,

IJM Land memberi pendedahan awal mengenai suasana dinikmati bakal penduduk mendiami kawasan Pantai Sental Park apabila siap nanti,” katanya.

Buat peserta kayuhan Pantai Sentral Park Fun Ride, Sin Tai Lim menyifatka­n biarpun ia hanya acara santai tetapi apabila berkonvoi dalam satu kumpulan besar ke lokasi terkenal ia satu pengalaman baru buatnya.

“Sepanjang kayuhan ini, perasaan saya seronok dan teruja dapat berkonvoi bersama rakan. Kami mengenakan pakaian warna sepadan, selain kibaran bendera menemani sepanjang perjalanan kami.

“Malah detik paling manis menjadi ingatan dalam program ini ialah deringan loceng basikal setiap kali kami tiba di destinasi perhentian.

“Jujur saya katakan kayuhan seperti ini menjadi menarik apabila kami kayuh dalam satu kumpulan.

“Ia menerbitka­n semangat persaudara­an dan kerja berpasukan kerana kami perlu bergerak sekelompok dari satu tempat ke tempat lain. Kami saling menjaga antara satu sama lain. Itu membuatkan kayuhan dan acara seperti ini wajar dianjurkan lagi,” katanya.

Tambah Sin, dia menghargai keprihatin­an pemaju seperti IJM Land mengambil inisiatif memperkena­lkan kemudahan laluan berbasikal dalam pembanguna­n kawasan bandar dan diharap meluaskan jaringan laluan itu sebagaiman­a kemudahan dinikmati bandar maju di luar negara.

 ??  ?? PESERTA teruja menyertai kayuhan Pantai Sentral Park Fun Ride.
PESERTA teruja menyertai kayuhan Pantai Sentral Park Fun Ride.
 ??  ?? MENGENAKAN baju warna sedondon ketika konvoi.
MENGENAKAN baju warna sedondon ketika konvoi.
 ??  ?? RAKAM gambar di Galeri Ice, Pantai Sentral Park.
RAKAM gambar di Galeri Ice, Pantai Sentral Park.
 ??  ?? MERAKAM gambar di sekitar laluan utama Kuala Lumpur.
MERAKAM gambar di sekitar laluan utama Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia