Harian Metro

Bermula sekadar suka-suka

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Kini Normadora miliki kedai emas sendiri tanpa pinjaman bank

Bermula sekadar sukasuka, kini dia menjadi tauke kedai emas pada usia muda. Semuanya disebabkan minat berniaga yang sebati dalam dirinya.

Normadora Mohd Nor berkata dia terdedah dalam dunia perniagaan sejak kecil kerana keluargany­a mengusahak­an restoran.

“Pada mulanya, saya hanya menjalanka­n perniagaan emas di rumah secara suka-suka. Ketika itu tiada lagi medium seperti Instagram atau Facebook (FB) untuk mempromosi­kan perniagaan.

“Saya hantar barang secara tunai kepada pelanggan. Waktu itu, belum ada yang menjual loket pandora emas secara asing.

“Saya terfikir ramai wanita mahu memiliki emas, namun tidak mampu beli secara banyak atau sekali gus. Justeru saya jual secara berasingan.

“Bermula saat itu dan disebabkan promosi mulut ke mulut, alhamdulil­lah perniagaan ini semakin diterima ramai.

“Bagaimanap­un, atas faktor keselamata­n, saya tidak menyimpan stok barang kemas di rumah dan semuanya dihantar terus kepada pembeli,” katanya ketika ditemui di premisnya di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Melihat prospek yang cerah, Normadora meneruskan niatnya membuka sebuah kedai emas tanpa pinjaman daripada manamana agensi perbankan.

“Saya tekad membuka kedai emas dengan sokongan penuh suami, Zulhilmi Mukhtar. Pada peringkat awal memang ‘sakit’ namun lama-kelamaan saya biasa.

“Untuk sampai ke tahap ini, banyak kali saya rasa putus asa dan tidak mahu meneruskan perniagaan lagi kerana cabaran besar yang dihadapi.

“Selain itu, saya juga berkorban tidak mengambil gaji selama setahun setengah bagi memastikan wang berkenaan dapat digunakan untuk pusingan modal. Alhamdulil­lah, pengorbana­n itu berbaloi malah suami kini turut berhenti kerja bagi memberi tumpuan terhadap bidang perniagaan ini,” katanya.

 ??  ?? PROFIL
BERSAMA suami dan anak yang banyak memberi sokongan. Nama: Normadora Mohd Nor
Umur: 31 tahun Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Asal: Pasir Puteh, Kelantan
Suami: Zulhilmi Mukhtar
Anak: Eva El Zahraa,...
PROFIL BERSAMA suami dan anak yang banyak memberi sokongan. Nama: Normadora Mohd Nor Umur: 31 tahun Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Asal: Pasir Puteh, Kelantan Suami: Zulhilmi Mukhtar Anak: Eva El Zahraa,...
 ??  ?? PENAT lelah berbaloi dengan pembukaan kedai emas miliknya.
PENAT lelah berbaloi dengan pembukaan kedai emas miliknya.
 ??  ?? ANTARA koleksi barang kemas di kedainya.
ANTARA koleksi barang kemas di kedainya.
 ??  ?? SENTIASA optimis.
SENTIASA optimis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia