Harian Metro

HARRIER SERBA BARU

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

UMWT buka tempahan sebelum pelancaran tahun depan

Bermula tahun hadapan, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sudah memberi bayangan awal untuk melancarka­n dua model Toyota Harrier dan C-HR, sekali gus kembali bersaing dalam segmen Kenderaan Utiliti Sukan (SUV).

Model SUV mewah Toyota Harrier yang dipertonto­nkan kali pertama kepada umum sempena pembukaan Malaysia Autoshow 2017, Khamis lalu, mendapat sambutan menggalakk­an.

Bagi pasaran tempatan, sebanyak dua varian diperkenal­kan dan dijual pada harga RM238,000 bagi varian 2.0T Premium manakala RM259,000 bagi varian 2.0T Luxury.

Pada masa sama, UMWT turut membuka tempahan bagi model premium itu kepada orang ramai.

SUV Harrier antara SUV tempatan popular tetapi kebanyakan­nya dibawa masuk secara persendiri­an oleh pengimport bebas.

Bermula tahun depan, Harrier diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun akan diedarkan oleh UMWT dengan versi lebih terkini dan dipertingk­atkan.

Kedua-dua varian ini menggunaka­n enjin petrol turbocaj

2.0 liter dengan D=4ST dan teknologi VVTiW, pacuan dua roda sementara versi 2.0T Premium didatangka­n dengan Pakej Toyota Safety Sense (TSS).

Harrier turut didatangka­n bersama jaminan lima tahun selain khidmat sokongan selepas jualan di seluruh negara.

Terdahulu, sepanjang empat hari 2017 Malaysia Autoshow 2017 yang berakhir hari ini, pelbagai aktiviti disediakan di ruang pameran UMWT dengan orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Toyota dan barangan lain.

Turut dipamerkan Toyota Innova 2.0X, Toyota Vios SE baru dan satu daripada kereta yang akan digunakan di dalam siri perlumbaan Vios Challenge One-Make yang akan memasuki pusingan kedua pada 25 dan 26 November ini di MAEPS, Serdang.

Dua unit Toyota

C-HR yang dipamerkan adalah model dengan spesifikas­inya sama yang yang akan dijual tahun depan.

Pengunjung boleh menikmati pengalaman versi terkini Toyota

Hilux dan Toyota Fortuner di Off Road tidak jauh dari tapak pameran utama.

Orang ramai akan merasai sendiri bantuan pemandu seperti Active Traction Control (A-TRC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Downhill Assist Control (DAC).

Pada masa sama, keselesaan dipertingk­atkan pada pikap dan SUV Toyota turut diuji ketika pecutan tinggi di permukaan kasar.

Selain itu, maklumat mengenai pakej pembiayaan dan tawaran istimewa seperti ‘Toyota RM1,000,000 Bonanza’ juga ditawarkan bagi mereka yang merancang untuk membeli model terbaru Toyota.

 ??  ?? TOYOTA Fortuner mengharung­i laluan mencabar di tapak pameran.
TOYOTA Fortuner mengharung­i laluan mencabar di tapak pameran.
 ??  ?? TOYOTA Harrier yang bakal dilancarka­n tahun hadapan.
TOYOTA Harrier yang bakal dilancarka­n tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia