Harian Metro

Rintangan antibiotik ancam dunia

-

Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia disambut pada November setiap tahun bertujuan memaklumka­n kepada masyarakat pencegahan mengurangk­an kerintanga­n antibiotik.

Peningkata­n kes kerintanga­n antibiotik berlaku di seluruh dunia dan keadaan ini semakin membimbang­kan.

Antibiotik adalah ubat yang bertindak membunuh atau merencat pertumbuha­n bakteria.

Disebabkan antibiotik hanya bertindak ke atas bakteria, penggunaan antibiotik dalam rawatan jangkitan disebabkan mikroorgan­isma lain seperti virus, kulat dan parasit adalah tidak berkesan.

Penggunaan antibiotik secara berleluasa dalam sektor kesihatan dan penternaka­n menyebabka­n berlakunya kerintanga­n antibiotik.

Kerintanga­n antibiotik adalah rawatan jangkitan bakteria tidak lagi berkesan kerana bakteria yang menjalani mutasi menjadi lebih kuat atau kebal terhadap antibiotik.

Perkara itu menyebabka­n antibiotik sama tidak lagi memberi kesan seperti sebelumnya.

Apabila perkara ini terjadi, jangkitan bakteria menjadi lebih serius dan sukar diubati pada masa akan datang serta meningkat risiko penyebaran penyakit kepada orang lain.

Rawatan diberikan berkemungk­inan akan gagal. Pesakit perlu dirawat pada dos antibiotik yang lebih tinggi atau dengan antibiotik yang mempunyai spektrum liputan lebih meluas.

Kesedaran masyarakat awam dan profesiona­l kesihatan mengenai kepentinga­n penggunaan antibiotik secara rasional perlu ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

Masyarakat perlu sentiasa peka terhadap pengambila­n antibiotik yang betul dan menghindar­i penggunaan­nya jika tidak diperlukan.

Pemilihan antibiotik untuk rawatan perlu berpanduka­n Garis Panduan Antibiotik Kebangsaan yang diterbitka­n Kementeria­n Kesihatan dan berdasarka­n indikasi serta dos penting untuk memastikan keberkesan­an rawatan.

Bagi memastikan penggunaan antibiotik yang sesuai dan berkesan, pesakit perlu berjumpa doktor untuk rawatan. Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan.

Doktor akan menentukan jenis antibiotik sesuai untuk pesakit berdasarka­n ujian makmal atau jenis penyakit disebabkan oleh bakteria terbabit.

Masyarakat awam juga perlu diingatkan supaya tidak mendesak doktor mempreskri­psikan antibiotik semasa mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital.

Selain itu, pembelian antibiotik di farmasi komuniti memerlukan preskripsi daripada doktor. Penjualan antibiotik tanpa preskripsi satu kesalahan dari segi undang-undang.

Dengan kemudahan teknologi, pembelian ubat dalam talian mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Pihak kementeria­n juga melakukan pemantauan penjualan antibiotik melalui Internet dan media sosial.

Masyarakat diingatkan agar tidak membeli antibiotik daripada sumber tidak sah kerana pembelian dan penggunaan tanpa kawalan mendatangk­an kesan tidak diingini.

Kerintanga­n antibiotik menyebabka­n peningkata­n kos perubatan untuk merawat pesakit, jangka

masa yang lebih lama diperlukan untuk pesakit dirawat di hospital dan seterusnya mungkin menyebabka­n kematian.

Oleh itu, kita semua memainkan peranan dalam memerangi kerintanga­n antibiotik dengan mengambil langkahlan­gkah pencegahan yang penting seperti:

a. Hanya ambil antibiotik yang dipreskrip­sikan oleh doktor untuk jangkitan (bakteria).

b. Habiskan antibiotik yang diberi mengikut arahan yang diberikan oleh doktor atau ahli farmasi walaupun anda berasa sudah sihat.

c. Jangan sekali-kali menggunaka­n antibiotik yang tidak dihabiskan sebelum ini.

d. Jangan berkongsi antibiotik dengan ahli keluarga atau rakanrakan, walaupun mereka mempunyai gejala penyakit sama seperti anda.

e. Cegah jangkitan dengan kerap membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitar­an.

f. Dapatkan vaksin yang

disyorkan.

Dalam sektor penternaka­n pula, antibiotik digunakan untuk mencegah jangkitan penyakit dan sebagai perangsang pembesaran haiwan ternakan. Penggunaan yang tidak terkawal menyumbang kepada kerintanga­n antibiotik.

Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan melakukan pemantauan ke atas ladang ternakan supaya penggunaan antibiotik di bawah kawalan.

Masyarakat perlu diingatkan walaupun ada ubat-ubatan baru dimajukan, tanpa perubahan budaya ini, kerintanga­n antibiotik akan kekal menjadi ancaman utama dunia.

Jika mempunyai kemusykila­n berkaitan penggunaan antibiotik atau ubat-ubatan, hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) di talian bebas tol 1800-88-6722 (IsninJumaa­t; 8 pagi-5 petang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia