Harian Metro

Sakit pinggul jatuh terhempas

-

Saya sakit punggung kiri sejak enam bulan lalu selepas menaiki bot laju ke Pulau Kapas. Saya terlambung akibat ombak besar dan punggung saya terhempas pada lantai. Mula-mula sakit sedikit lama-kelamaan semakin teruk sampai turun ke betis. Sakit amat perit sehingga tidak boleh berjalan atau berdiri lama. Saya bertemu doktor, katanya sakit biasa namun ubat tahan sakit diberi tidak berkesan langsung. Saya menemui doktor lain dan disyaki mengalami cakera tergelinci­r menyebabka­n saraf terkepit.

Apa pendapat doktor mengenai sakit punggung saya ini. Apa yang perlu saya buat sekarang?

Sakit pada kawasan punggung atau pinggul selepas trauma langsung biasanya sinonim dengan kecederaan pada sendi pinggul. Kecederaan jelas berlaku semasa punggung terhempas. Jika sakit menjadi kronik (lebih tiga bulan), ini bermakna berlaku proses arthritis pada sendi itu.

Arthritis bermakna proses penuaan pada sendi pinggul disebabkan kecederaan lampau. Arthritis biasanya memberi simptom sakit sendi terutama semasa pergerakan dan sewaktu menampung berat badan. Kecederaan lain mungkin berlaku ialah sakit pada tulang ekor dan sakit otot punggung. Semua ini boleh dipastikan melalui pemeriksaa­n di klinik.

Sakit sendi pinggul biasanya dirasai sebelah tepi kiri atau kanan. Penyakit ini majoriti berlaku pada wanita berusia 40-an atas faktor umur, peranan fisiologi wanita dan pengaruh hormon. Penyakit ini jarang berlaku dalam kalangan lelaki, jika berlaku biasanya disebabkan kecederaan.

Sakit sendi pinggul akan memberi simptom sakit pada sebelah punggung, tidak boleh duduk lama, sukar bangun dari katil pada waktu pagi menjadikan pergerakan terbatas. Otot punggung juga menjadi amat sakit dan tegang bila duduk. Sakit pada punggung boleh menjalar turun ke kaki sampai paha dan kadang-kadang sampai betis. Ketika ini berjalan akan menjadi tambah sakit. Sakit sendi pinggul boleh mimik sakit cakera tergelinci­r dengan simptom sakit pada punggung turun di kaki (sciatica). Oleh itu, setiap pesakit perlu melakukan imbasan

MRI pada bahagian pinggang (lumbar) untuk memastikan tiada masalah cakera tergelinci­r.

Sendi pinggul secara langsung menyokong berat badan ketika kita berdiri dan duduk. Jika kedaan menjadi teruk, ubat tahan sakit tidak lagi berkesan dan memerlukan rawatan lebih efektif iaitu suntikan radiofreku­ensi.

Rawatan ini adalah suntikan arus elektrik berfrekuen­si tinggi, fokus pada saraf sensori sendi itu bertujuan membantutk­an signal sakit untuk jangka panjang. Suntikan ini teknologi yang sudah lama diguna pakai di seluruh dunia untuk merawat banyak masalah kesakitan kronik pada masa ini.

Rawatan suntikan ini hanya memerlukan satu hari dan hasilnya dramatik, lazimnya pesakit akan berasakan kelegaan yang besar pada keesokan harinya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SUNTIKAN radiofreku­ensi beri kelegaan segera.
SUNTIKAN radiofreku­ensi beri kelegaan segera.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia