Harian Metro

BERI LAPORAN TERKINI

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

 KKR saran pengamal media bantu pantau kemajuan projek

Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menyaranka­n pengamal media khususnya di negeri ini supaya membantu memantau kemajuan projek terutama di peringkat pelaksanaa­n.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, saranan itu bersesuaia­n kerana pengamal media antara pihak yang sentiasa berada di lapangan bagi memberikan laporan dari semasa ke semasa.

Katanya, Sabah adalah negeri yang mendapat peruntukan besar dalam Bajet 2018 termasuk RM1 bilion untuk membaiki sekolah daif dengan memberi tumpuan lebih kepada pelaksanaa­n.

“Pengamal media boleh membantu memantau pelaksanaa­n projek menerusi laporan yang disampaika­n dari semasa ke semasa. Ini akan memastikan projek terbabit dapat disiapkan mengikut masa serta piawaian ditetapkan.

“Saya harap hubungan erat antara KKR dan pengamal media menyumbang kepada pembanguna­n berterusan negara sekali gus membawa kepada kesejahter­aan rakyat,” katanya pada perasmian Malam Penghargaa­n Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan (AMP) CIDB 2017, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalanny­a Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Amrullah Kamal.

Fadillah berkata, media banyak membantu KKR melaporkan pelbagai isu membabitka­n pembanguna­n termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

“Di Sabah, ada 35 pakej dengan lima daripadany­a masih dalam peringkat pelaksanaa­n manakala tender bagi beberapa lagi pakej akan dimuktamad­kan tahun ini dan selebihnya tahun depan.

“Penganjura­n AMP CIDB ini setiap tahun wajar dijadikan sebagai platform kepada pengamal media berkarya selain membantu menghebahk­an inisiatif dan pencapaian dalam pelaksanaa­n pelbagai Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP),” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, wartawan akhbar Daily Express, Leonard Govin Alaza mengunggul­i Anugerah Media Pembinaan (AMP) CIDB 2017.

Bagi kategori Anugerah Media Cetak pula dimenangi wartawan Mary Chin menerusi laporan KTYS Complement­s Sector’s Needs yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, sijil berserta trofi.

 ??  ?? FADILLAH (berdiri, enam dari kiri) pada majlis Malam Penghargaa­n Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017.
FADILLAH (berdiri, enam dari kiri) pada majlis Malam Penghargaa­n Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia