Harian Metro

Promosi Kuching Bandar Perpaduan

-

Kuching: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan terus mempromosi­kan Kuching sebagai Bandar Perpaduan menerusi penganjura­n pelbagai program tahun depan.

Datuk Bandarnya Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai berkata, DBKU mahu memastikan Kuching sebagai ikon program perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia secara keseluruha­n.

Menurutnya, perpaduan yang dinikmati negara kini hasil muafakat yang terbentuk dalam kalangan pelbagai kaum sejak dulu dan ia seharusnya dikekalkan.

“Tanpa perpaduan, maka tiada keamanan. Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mempertaha­nkan perpaduan dan pada masa sama menyemarak­kannya menerusi pelbagai program.

“DBKU akan terus menganjurk­an program yang menyatupad­ukan masyarakat di bandar ini kerana setiap kali penganjura­nnya, respons sangat menggalakk­an,” katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Perpaduan dan Keamanan anjuran DBKU di Padang Merdeka, semalam.

Pada program itu, seramai 400 peserta termasuk dari Indonesia menyertai kayuhan sejauh enam dan 40 kilometer yang turut singgah di tiga rumah kebajikan sekitar Kuching untuk menjalanka­n aktiviti gotong-royong.

Katanya, tujuan utama program berkenaan adalah untuk memperkena­lkan Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan khususnya kepada masyarakat luar.

“Secara tidak langsung, program ini memberi galakan kepada warga kota untuk menyertai aktiviti riadah sihat di samping membantu mempromosi­kan industri pelanconga­n tempatan dan kerja amal melalui aktiviti berbasikal,” katanya.

 ??  ?? PESERTA kayuhan amal Ride For Fun & Peace 2017 dilepaskan oleh Abang Abdul Wahab.
PESERTA kayuhan amal Ride For Fun & Peace 2017 dilepaskan oleh Abang Abdul Wahab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia