Harian Metro

GEMPUR SARANG DADAH

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Rakaman video yang tular di media sosial mengenai aktiviti penyalahgu­naan dadah di Kampung Sin

Sin, Sungai Bedil Besar, di sini, membimbang­kan sebahagian besar penduduk bandar raya ini.

Paparan video yang viral itu menunjukka­n aktiviti jual beli dadah secara terbuka membabitka­n sekumpulan penagih di kawasan kampung berkenaan.

Difahamkan, Kampung Sin Sin antara lokasi panas yang dikenal pasti menjadi ‘sarang’ penagihan dan penjualan dadah di bandar raya ini.

Rekod polis menunjukka­n 23 operasi dilaksanak­an di kampung itu sejak tahun lalu dengan 47 tangkapan dilakukan membabitka­n pelbagai kesalahan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

Penduduk dari Petra Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Murad,

42, berkata, rakaman video yang tular mengenai kegiatan menjual dadah, terutama jenis nospan di kampung itu baru-baru ini mengejutka­n banyak pihak.

Menurutnya, masalah itu terus berlanjuta­n sekalipun operasi menahan penjual dan pembeli sering dijalankan oleh polis.

Katanya, aktiviti haram itu tidak akan berakhir selagi permintaan daripada ‘tahi dadah’ untuk mendapat bekalan tetap ada.

“Bukan lokasi kampung itu saja, bahkan sebuah taman berhampira­n Fort Margharita di Petra Jaya juga sering menjadi lokasi urus niaga bahan terlarang itu sehingga menimbulka­n ketakutan kepada orang awam ke lokasi berkenaan untuk beriadah.

“Saya berharap rondaan di kawasan berkenaan lebih kerap dijalankan dan lebih baik sekiranya meletakkan anggota penguat kuasa untuk memantau daripada berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Penduduk Bukhori Bujang Ali, 45, berkata, hampir setiap hari pasti masyarakat dihidangka­n

Polis melakukan 23 operasi di Kampung Sin Sin sejak tahun lalu dengan 47 tangkapan

dengan kes tangkapan membabitka­n penagih dadah dan lebih membimbang­kan ada antara mereka ditahan pada usia yang masih mentah.

Menurutnya, tindakan penguatkua­saan perlu dilaksanak­an lebih kerap untuk memastikan masyarakat bebas daripada ancaman musuh negara itu.

“Saya sedih apabila setiap hari pasti ada kes membabitka­n penyalahgu­naan dadah disiarkan di media massa dan lebih membimbang­kan ia membabitka­n generasi muda.

“Ada antara mereka bermula sekadar sukasuka sebelum ketagih dan akhirnya menjadi bahan terlarang itu sebagai ‘makanan’ harian walaupun sedar ia tidak membawa sebarang kebaikan,” katanya.

Beliau berkata, usaha pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan masyarakat bebas dadah seharusnya dipuji kerana ia boleh menjadi barah jika dibiarkan tanpa penguatkua­saan serius.

 ??  ?? NOSPAN yang dirampas polis.
NOSPAN yang dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia