Harian Metro

‘MAKANAN’ PANDELELA

Penerjun negara terus ukir nama selepas ungguli acara 10m GP Australia

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Pandelela Rinong (gambar) mempamer aksi membanggak­an apabila memenangi acara kegemarann­ya pada kejohanan Terjun Grand Prix Australia dan kecemerlan­gannya itu berjaya disusuli tiga lagi penerjun negara yang menduduki tempat kedua, semalam.

Pandelela memenangi acara 10 meter platform wanita individu selepas mencatat 72.00, 52.20, 70.40,

72.00 dan 52.80 untuk mengumpul keseluruha­n 319.40 mata sekali gus menjulang namanya selaku juara di Pusat Akuatik Gold Coast.

Penerjun Kanada, Celina Toth menduduki tempat kedua dengan 310.20 mata manakala atlet tuan rumah, Annarose Keating (285.65) menduduki tempat ketiga.

Kimberly Bong menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas mencatat 237.45 mata. Terdahulu, penerjun Sarawak itu berganding­an dengan Leong Mun Yee untuk memenangi perak acara 10m platform seirama dengan catatan 287.10.

Acara itu diungguli gandingan Australia, Melissa Wu-Taneka Kovchenko yang mengumpul 300.24 mata manakala rakan senegara, Brittany O’Brien dan Annarose menduduki tangga ketiga (281.34 mata).

Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei turut menamatkan saingan selaku naib juara dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki dengan catatan 387.00 mata.

Atlet China, Cao Yuan-Xie Siyi muncul juara dengan 420.84 mata manakala Ken Terauchi-Sho Sakai dari Jepun membawa pulang gangsa selepas mengumpul 383.01 mata.

Jellson Jabillin dan Cheong Jun Hoong turut memenangi perak dalam acara 10m platform seirama campuran selepas mengumpul 262.71 mata, kalah kepada wakil Britain, Gemma McArthur-Lucas Thomson (269.46 mata).

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Yang Zhuliang berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi Pandelela.

“Ya, China tidak menyertai acara 10 meter platform individu wanita, tapi ia tetap satu saingan yang sengit antara peserta negara Komanwel,” kata Zhuliang.

“Berdasarka­n kepada prestasiny­a di sini, dia berpeluang cerah untuk memenangi emas Sukan Komanwel tahun depan, tapi masih terlalu awal untuk kita bergembira.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia