Harian Metro

TINGGAL JE...

Lelaki bawa 4,590 peket rokok seludup larikan diri selepas ternampak polis

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Penyeludup rokok sanggup lari meninggalk­an kereta selepas menyedari diekori polis di Jalan Labuk Jaya, Batu 7, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, lelaki yang memandu seorang diri dihampiri kenderaan polis yang kemudian mengarahka­nnya memberhent­ikan kereta di bahu jalan.

Bagaimanap­un, lelaki terbabit bertindak memberhent­ikan kereta Proton Saga Flx secara mengejut sebelum melarikan diri ke kawasan semak berhampira­n jalan raya berkenaan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, polis yang bertindak atas maklumat mengekori kenderaan suspek yang disyaki membawa rokok seludup.

Ketika memperkena­lkan diri dan cuba memberhent­ikan kenderaan suspek untuk pemeriksaa­n, lelaki itumelarik­an diri dan meninggalk­an kenderaann­ya.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat 12 bungkusan plastik hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang dan bonet kenderaan berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut polis menemui 4,590 peket pelbagai jenis rokok disyaki tidak bercukai dan dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Yazib berkata, kenderaan dan rokok yang dirampas kemudian dibawa ke Markas PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM83,850 berdasarka­n harga pasaran semasa dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

 ??  ?? SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas di Jalan Labuk Jaya, Batu 7, kelmarin.
SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas di Jalan Labuk Jaya, Batu 7, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia