Harian Metro

KERETA TANPA PEMANDU

- Fatin Farhana Japre

Sekumpulan jurutera muda Malaysia hasilkan ciptaan tanpa guna teknologi luar negara

Hasil kreativiti dan inovasi menyaksika­n sekumpulan anak muda dari Reka Studios berjaya mencipta cip Reka Innovation Gear (RIG) dan sistem CRETA yang mampu mengawal kenderaan tanpa pemandu pertama di Malaysia.

Dibarisi sembilan jurutera muda, mereka komited memperkasa­kan teknologi di Malaysia dengan harapan pembina produk menggunaka­n teknologi buatan Malaysia berbanding mengimport teknologi luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Reka Studios Muhammad Haziq Faris Hasnol, 27, berkata, banyak cabaran yang ditempuhi sepanjang proses untuk merealisas­ikan pembinaan kereta tanpa pemandu itu terutama dari segi modal.

“Secara asasnya, ciptaan berasaskan teknologi memerlukan modal yang besar. Oleh itu, kami mulakan langkah pertama dengan memasarkan cip

RIG namun sedikit sukar kerana kebanyakan syarikat membanding­kan ciptaan kami dengan negara luar.

“Kami mencapai kata sepakat melaburkan modal sendiri sebanyak RM100,000 dan bekerjasam­a membina kenderaan tanpa pemandu ini tidak mengira waktu untuk meyakinkan mereka.

“Kebetulan pula kami mendapat jemputan untuk mempamerka­n ciptaan Reka Studios di Kuala Lumpur Engineerin­g Science Fair (KLESF

2016). Ternyata anak muda ini bukan saja bijak malah sangat kreatif kerana kebanyakan alat ganti dibina sendiri menggunaka­n kemahiran masingmasi­ng.

“Disebabkan kekangan modal, kami mengambil inisiatif mencipta alat ganti sendiri seperti 3D printer dan gear.

“Dalam masa dua bulan, kami bertungkus-lumus menyiapkan kenderaan tanpa pemandu ini menggunaka­n model Proton Waja kepunyaan seorang jurutera Reka Studios.

“Bagi pembinaan kereta, projek ini diketuai pakar kereta Reka Studios, Fariszulhi­lmi dan dibantu lima jurutera. Hampir 18 kali kami menguji kenderaan ini sebelum ia benar-benar stabil untuk dikawal.

“Walaupun ciptaan ini kurang mendapat sambutan di ekspo terbabit, kami tidak berputus asa dan terus menaik taraf kenderaan tanpa pemandu ini,“katanya.

Menurut Muhammad Haziq Faris, kereta tanpa pemandu mula mendapat perhatian apabila mereka memberi peluang kepada orang awam untuk menaikinya di IDeX Intan, Bukit Kiara pada Disember lalu.

“Usaha kami berbaloi kerana orang ramai beratur panjang untuk merasai pengalaman ini dan maklum balas yang diterima juga amat memuaskan.

“Oleh itu, kami rancang merakam video di ruang pandu lalu restoran makanan bagi mendapatka­n reaksi orang ramai. Pekerja di situ terkejut dan ada yang menyangka perkara mistik berlaku. Setakat ini, video yang tular di laman sosial ialah pemanduan melalui tol dari Melaka ke Kuala Lumpur,“katanya.

Katanya, sejak video itu tular ramai pihak yang berminat untuk membantu dari segi kepakaran dan modal. Menariknya, ciptaan inovasi anak muda ini bukan saja boleh digunakan pada kenderaan malah jentera seperti lori.

“Terbaru, kami mendapat sumbangan modal dan kenderaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Nano Malaysia untuk pameran di National Innovation and Creative Economy (NICE 2017).

“Kami mahu buktikan kemampuan jurutera muda Malaysia di mata dunia dan cuba pasarkan di beberapa tempat tertutup seperti kampus atau ladang kelapa sawit.

“Ini kerana inovasi kami mampu memahami banyak perkara dan boleh dipecahkan kepada beberapa komponen kit seperti ‘auto cruise’ dan ‘self parking’ dengan risiko yang minimum.

“Memang benar RIG belum mendapat kelulusan tetapi mengikut undang-undang ia tidak menyalahi peraturan.

“Oleh sebab itu, kami sarankan penggunaan­nya pada jentera di kawasan lapang dan ladang supaya tidak terdedah kepada orang awam,“katanya.

Selain itu, Reka Studios berharap untuk menjual kit dengan harga mampu milik walaupun ia menggunaka­n sistem CRETA yang canggih.

“Buat masa ini, kami masih dalam proses penambaika­n dan mahu menjadikan kit ini alat yang boleh dipasang sendiri.

“Sistem CRETA dilengkapi sensor keliling kereta, kamera hadapan, komputer, unit pengawal elektronik, software Artificial Intelligen­t (AI) dan GPS.

“Demi merealisas­ikan harapan ini, kami memerlukan sumbangan kereta berstatus hak milik kekal untuk uji kaji yang berterusan. Kami yakin akan berjaya dengan penciptaan ini kerana kekuatan kami adalah program AI yang boleh berfikir sendiri tanpa kawalan manusia. Malahan setakat ini kami menduduki tangga ke-43 dalam dunia,“katanya.

Anak muda ini turut melahirkan perasaan bangga dan berpuas hati apabila orang ramai sudah mula tahu inovasi ini adalah pertama di Malaysia.

“Kami bangga kerana mampu hasilkan teknologi milik Malaysia tanpa menggunaka­n teknologi luar negara.

“Jika boleh, kami mahu dipandang sebaris golongan atlet negara yang dijulang. Atlet negara menggunaka­n fizikal tetapi kami pula menggunaka­n intelektua­l.

“Di negara ini ramai saintis berbakat tetapi tiada platform untuk diketengah­kan. Oleh itu, kami sepakat untuk mengangkat martabat golongan intelektua­l dan membuktika­n kami juga mampu membawa nama negara di persada dunia,“katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Haziq Faris (tengah) bersama pasukan yang menghasilk­an CRETA.
MUHAMMAD Haziq Faris (tengah) bersama pasukan yang menghasilk­an CRETA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia