Harian Metro

Air mata bahagia

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Seumur hidupnya, dia tidak pernah mengharapk­an simpati masyarakat kerana semua diusahakan sendiri meskipun badannya lelah dan hatinya berat menanggung bebanan emosi.

Cercaan golongan tertentu terhadap dua anaknya berusia 10 dan lima tahun akibat kemiskinan hidup menjadikan wanita ini lebih kuat demi anak dan supaya mereka bahagia seperti orang lain walaupun luarannya, hidup menderita.

Namun semalam, Sarina Musa, 32, berasa dihargai apabila pelbagai pihak tampil membantu mereka sekeluarga daripada memberi barang keperluan hingga kepada pembaikan rumah.

Air matanya tidak henti mengalir tanda terharu atas keprihatin­an ditunjukka­n rakyat Malaysia selepas kisah mengenai kesengsara­an hidup mereka disiarkan di muka depan Harian Metro, semalam.

Di rumahnya sendiri di Kampung Kedai Buloh, Jalan PCB di sini, Sarina menyambut kunjungan pemimpin setempat, UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dan Koperasi Waris Kelantan Berhad (KOPWA) yang hadir membawa sumbangan serta bantuan untuknya.

“Alhamdulil­lah syukur ke hadrat Ilahi. Saya tidak menyangka sebegini ramai yang tampil membantu. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan,” katanya.

Semalam, UMNO Bahagian Pengkalan Chepa diwakili Naib Ketuanya Wan Shahrul Azwan Wan Abdul Aziz hadir memberi jaminan mahu menyelesai­kan masalah tempat tinggal keluarga itu termasuk tunggakan bayaran tapak rumah bernilai RM9,500.

“Kami meninjau keadaan rumah mereka yang uzur dan cuba dapatkan bantuan untuk pembaikan dengan segera. Difahamkan juga, keluarga ini ada tunggakan bayaran tapak rumah, itu pun kami akan usahakan,” katanya.

Pengerusi Koperasi Waris Kelantan Berhad (KOPWA), Datuk Dr Zain Yusof pula

 Keluarga Sarina terharu pelbagai pihak tampil beri barang keperluan, baiki rumah

tampil menyampaik­an bantuan wang tunai untuk meringanka­n beban keluarga itu.

“Bantuan lain diagihkan mengikut keperluan keluarga ini. Kami akan bantu mereka seadanya,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Kedai Buloh, Che Mahadi Husin berkata, penduduk sentiasa membantu keluarga berkenaan terutama memberi barang keperluan.

“Kami mengambil berat hal keluarga ini kerana mereka golongan kurang berkemampu­an, cuma untuk membaiki rumah di luar kemampuan kami. Berikutan itu, kami berharap ada pihak akan membaiki rumah mereka.

“Bantuan segera diperlukan memandangk­an zink rumah didiami dipenuhi lubang dan sering dimasuki air hujan,” katanya.

Difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Wan Ubaidah Omar turut hadir memberi barang keperluan harian kepada keluarga Sarina, semalam.

 ??  ?? SARINA bersama anaknya di hadapan rumah mereka. DR Zain memberi sumbangan kepada Sarina di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh.
semalam. LAPORAN Harian Metro,
SARINA bersama anaknya di hadapan rumah mereka. DR Zain memberi sumbangan kepada Sarina di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh. semalam. LAPORAN Harian Metro,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia