Harian Metro

40,000 peserta dijangka sertai RUN 2017

-

Kuala Lumpur: Institut Onn Ja’afar (IOJ) yang terkenal dalam usaha menyediaka­n bantuan kepada golongan miskin serta aktiviti kesukarela­wan, sekali lagi tampil menganjurk­an program Malaysian United Run (RUN) 2017, Sabtu ini.

Menurut kenyataan IOJ, 40,000 peserta daripada 60 universiti awam dan swasta serta orang awam bakal menyertai larian sejauh lima kilometer yang berlangsun­g di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) mulai jam 6 pagi.

“Larian ini sebagai sokongan kepada usaha kami dalam meringanka­n beban 50 kanak-kanak kurang bernasib baik, miskin serta anak yatim di seluruh negara.

“Dana yang diperoleh dan dikumpul dari lebih 20 penaja antaranya Sapura, Techtrend dan Weststar yang mana ia akan diuruskan jawatankua­sa dari institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan KDU University College.

“Setiap jawatankua­sa akan menguruska­n sekurang-kurangnya satu kes bagi memastikan dana penaja digunakan sebaik-baiknya untuk pendidikan anak-anak terpilih ini selama satu tahun,” kata kenyataan itu.

Pelancaran larian itu akan dirasmikan penaung IOJ merangkap Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Larian itu juga turut mendapat sokongan daripada artis terkenal tanahair seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Altimet, dan Dangerdisk­o yang akan menghiburk­an peserta.

Pada 2015, program berkenaan mendapat pengiktira­fan Malaysian Book of Records (MBOR) apabila merekodkan penyertaan pelajar teramai dalam kempen sukarelawa­n iaitu membabitka­n 17,620 peserta yang menyertai larian amal itu.

Orang ramai yang mahu memberikan sokongan kepada acara itu boleh menyertai larian berkenaan dengan memakai baju-T berwarna putih pada hari berkenaan.

Maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang IOJ, Facebook mahupun Instagram atau emelkan kepada instituton­njaafar@gmail.com

 ??  ?? HISHAMUDDI­N (tengah) bersama penaja, duta IOJ dan universti yang terlibat program Malaysian United Run.
HISHAMUDDI­N (tengah) bersama penaja, duta IOJ dan universti yang terlibat program Malaysian United Run.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia