Harian Metro

Percutian keluarga pilihan ibu bapa Asia

-

Amal nilai kekeluarga­an dengan memilih bercuti bersama anak

remaja Malaysia adalah yang kedua tertinggi (78 peratus) bersetuju dengan kepercayaa­n sebahagian besar kenangan manis mereka berlaku ketika percutian keluarga.

Orang Asia juga menghargai ikatan kekeluarga­an, sehubungan itu percutian yang dirancang pastinya membabitka­n anak-anak mereka.

Hampir satu pertiga daripada ibu bapa yang terbabit dalam kajian ini lebih suka mengembara tanpa anak. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa Asia paling kurang meninggalk­an anak mereka untuk bercuti, berbanding dengan rakan Barat mereka.

Pengurus Besar Expedia Asia Tenggara dan India, Simon Fiquet berkata, pihaknya mempunyai beberapa pandangan yang baik mengenai cara orang mengembara, terutama keluarga di Asia.

“Majoriti (hampir 80 peratus) ibu bapa dari Malaysia tidak meninggalk­an anak mereka kerana mereka berasakan percutian bersama keluarga lebih bermakna.

“Kami juga mendapati hal ini mungkin lebih biasa dalam kalangan budaya Asia. Memandangk­an ibu bapa Malaysia jarang keluar bercuti, mereka memberi penekanan untuk percutian sekeluarga dan besar kemungkina­n sangat menghargai kenangan yang dibuat ketika perjalanan berkenaan,” katanya.

Sikap terbuka ibu bapa juga menjadi faktor percutian bersama keluarga kenangan terindah terutama untuk anak.

Bagi membuatkan percutian sekeluarga lebih menyeronok­kan untuk semua, lebih kurang separuh daripada ibu bapa dalam kajian ini berkongsi bahawa kaedah keibubapaa­n mereka agak fleksibel ketika bercuti supaya anak dapat menikmati kenangan manis yang dicipta ketika masa cuti dan ia membawa kesan baik bagi mereka.

Ibu bapa di India (63 peratus), Thailand (57 peratus) dan New Zealand (55 peratus) adalah yang paling terbuka dan agak leka dengan beberapa peraturan dan tugas ketika percutian sekeluarga.

Lebih daripada separuh (56 peratus) ibu bapa dari Malaysia juga tidak setegas dengan beberapa peraturan dan tugasan, tetapi sebanyak 34 peratus masih tegas mengenai waktu tidur anak mereka.

“Apabila ibu bapa lebih bersikap terbuka, remaja akan dapat menikmati cuti mereka dan lebih cenderung menjadikan ibu bapa mereka sebagai teman perjalanan kegemaran mereka.

“Hasil kajian mendapati 77 peratus dari ibu bapa Malaysia, malah sebanyak 86 peratus ibu bapa dari Thailand berpendapa­t demikan.

“Jadi, ia mengukuhka­n lagi idea bahawa kebanyakan ibu bapa dan kanak-kanak dari

Asia lebih suka keluar bercuti sebagai sebuah keluarga kerana ketika inilah majoriti kenangan kegemaran mereka tercipta,” kata Fiquet. Tempat: Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, Sepang

Laman web: https://event. howei.com/event/kulmaratho­n-2017

Melaka Art & Performanc­e Festival

Tarikh: 24 - 27 November Tempat: St. Paul’s Hills, Bandar Hilir, Melaka Penganjur: Arts and Performanc­e Festival Melaka Sdn. Bhd.

Tel: +603-7491 9233

Laman web: http:// melakafest­ival.com/

Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0

Tarikh: 25 November Tempat: Kuala Lumpur Penganjur: Secretaria­t Shopping Malaysia, Package Developmen­t Division, Tourism Malaysia

Tel: +603 889 18000

Laman web: http://www. missshophi­a.com/

 ??  ?? MEMBAWA anak bercuti bersama adalah percutian
keluarga yang terindah.
MEMBAWA anak bercuti bersama adalah percutian keluarga yang terindah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia