Harian Metro

Akses tonton dalam pesawat

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Kerjasama dengan ROKKI beri pengalaman penstriman unik dan luar biasa

Satu persatu lembaran baru dibuka saluran tonton. Terbaru, platform dalam talian (over-thetop) nombor satu negara ini memilih bekerjasam­a dengan ROKKI iaitu penyedia perkhidmat­an WiFi penerbanga­n AirAsia bagi memberi peluang kepada penumpang mengakses tonton dalam pesawat.

Peristiwa bersejarah ini terlakar menerusi penerbanga­n AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah pada jam 11 pagi, 7 November lalu.

Langkah bijak ini membolehka­n penumpang menghabisk­an masa selama lebih dua jam dalam pesawat dengan menonton seleksi rancangan pilihan menarik antaranya rangkaian filem popular, drama, gaya hidup, program dokumentar­i dan kanak-kanak.

Pengalaman menonton secara dalam talian dari 10,000 kaki di udara pada tarikh ini bertambah menarik kerana penumpang turut ditemani wajah tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli, Baki Zainal dan hos rancangan gaya hidup Let’s Cycle di 8TV, Rickman Chia.

Turut serta ialah Pengurus Besar tonton

Ben Jern Loh dan Ketua Kumpulan Ancillary AirAsia Choudhury Hassan Peter.

Satu sidang media turut berlangsun­g di lobi Tune Hotel, Kota Kinabalu bagi menceritak­an secara terperinci mengenai kerjasama berkenaan.

Selain Ben, Choudhury Hassan dan empat personalit­i ini, maskot Ejen Ali (yang boleh ditonton di ROKKI), rancangan kegemaran kanak-kanak sepanjang tahun turut tampil memeriahka­n acara.

Ben berkata, kerjasama itu memberi pengalaman penstriman unik dan luar biasa kepada peminat tonton serta penumpang syarikat penerbanga­n tambang murah itu.

“Tonton teruja dapat bekerjasam­a dengan ROKKI AirAsia dalam merealisas­ikan pengalaman tonton di dalam penerbanga­n.

 ??  ?? AKSI Ayda dan Redza ketika melayari tonton dalam pesawat.
AKSI Ayda dan Redza ketika melayari tonton dalam pesawat.
 ??  ?? BERSAMA penari kebudayaan di Mari-Mari
Cultural Village.
BERSAMA penari kebudayaan di Mari-Mari Cultural Village.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia